A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Eng Heng Ling

Dr. Eng Heng Ling

Dr. Eng Heng Ling merupakan Pakar Periodontik di Klinik Pergigian Poliklinik Jalan Masjid, Sarawak.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Saujana Muda Pembedahan Pergigian. Menyambung pengajian dalam bidang periodontologi di Eastman Dental Institute, United Kingdom dan memperoleh Membership of Royal College of Surgeons of England dan Certificate Periodontology dari European Federation of Periodontology.

Kerja-kerja beliau melibatkan pemberian rawatan periodontik  kepada pesakit yang dirujuk. Memberi latihan dan pengajaran kepada pegawai pergigian, jururawat, juruteknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian.

Kepakaran lain termasuk rawatan implan pergigian dan rehabilitasi pergigian.

Pengalaman:

  • Memberi ceramah kepada pegawai pergigian di Persatuan Doktor Pergigian Malaysia pada tahun 2010, 2011;  
  • Menjalankan kajian epidemiologi terhadap penduduk di sarawak mengenai tahap kesedaran penyakit gusi, status kesihatan periodontium;
  • Menubuhkan Unit Hygiene di Kuching dan Klinik Promosi Kesihatan Pergigian yang pertama di Malaysia
  • Aktif dalam kegiatan innovasi.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian di Hospital Pulau Pinang dari 2001 hingga 2003
  2. Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Jalan Perak Pulau Pinang dari tahun 2003 hingga 2005
  3. Pakar Klinikal Periodontik di Klinik Pergigian Jalan Perak  Pulau Pinang tahun 2009
  4. Pakar Periodontik di Klinik Pergigian Jalan Masjid Kuching tahun 2010 hingga sekarang.

Sumbangan di dalam Portal MyHEALTH :

  1. Menulis isi kandungan – Periodontal Disease And Aesthetic

 

Semakan Akhir : 28 Oktober 2013

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,107,151

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia