Home > Writer > Dr. Cheah Wee Kooi

Dr. Cheah Wee Kooi

alt

Dr. Cheah Wee Kooi mempunyai pengalaman kerja selama 9 tahun dan merupakan Pakar Geriatrik dan Perubatan di Hospital Taiping, Perak.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 2003 dengan memperoleh Ijazah MBBS dan MRCP dari Royal College of Physician, United Kingdom pada tahun 2006. Beliau seterusnya mengikuti pengajian Fellowship dalam Perubatan Geriatrik di Hospital Kuala Lumpur serta Pusat Perubatan Universiti Malaya di Malaysia dan Hospital Tan Tock Seng di Singapura.

Kerja-kerja beliau melibatkan perawatan dalam bidang perubatan am dan bidang perubatan geriatrik. Kepakaran beliau di dalam bidang kognitif dan dementia. Beliau juga mengendalikan penyakit Strok (angin akmar) dan Parkinson di hospital beliau bertugas.

Antara kertas-kertas saintifik dan buku penerbitan yang beliau terlibat adalah:

  1. Cheah WK, Lim TT, Eow GB, et al. 2010. Autoimmune Encephalopahty with high Ca123 Titre. Medical Journal of Penang Hosp 8: 31-32.

  2. Cheah WK, Han HC, Chan PC, et al. 2012. Multidimensionality of the Zarit Burden Interview across the severity spectrum of cognitive impairment. An Asian perspective. International Journal of Psychogeriatric. (dalam penerbitan)

  3. Cheah WK, Lee FS, Yau WK. 2012. Assessing the utility of FAB to MMSE ratio as a cognitive screening tool for diagnosis of frontal lobe pathology in elderly with behavioural manifestation. Medical Journal of Penang Hosp. (dalam penerbitan)

  4. Eow GB, Goh TH, Lim TT, Cheah WK. Pacing the PACES: Tips for passing MRCP and Final MBBS. 2011