A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Che Noor Aini...

Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar

alt

Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar merupakan Ketua Cawangan Amalan Profesional & Auksiliari di Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau telah menamatkan pengajian di University of Tanta, Egypt dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perubatan Pergigian dan Pembedahan dengan kepujian. Beliau turut memperolehi Diploma in Dental Public Health, dari Eastman Dental Hospital and Institute of Dental Surgery, United Kingdom dan telah dilantik sebagai Pakar Pergigian Kesihatan Awam.

Kerja-kerja beliau melibatkan:

  1. Menyediakan Kertas Cadangan Berkaitan Kesihatan Pergigian

    Kertas kerja yang telah disediakan termasuk:

    • Penyusunan Semula Organisasi Bahagian Kesihatan Pergigian
    • Penambahbaikan Skim Pegawai Pergigian
    • Pengambilan Pekerja Sambilan di Perkhidmatan Pergigian bagi mengatasi masalah kekurangan Pembantu Pembedahan Pergigian
  2. Penglibatan sebagai Ahli Jawatankuasa:
    1. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Pertukaran dan Penempatan Pegawai Pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia 2008-2011
    2. AJK Penyediaan Spesifikasi Dan Penilaian Teknikal untuk tender skim perlindungan insurans kesihatan berkelompok bagi pelajar/ pegawai tajaan kerajaan Malaysia ke Amerika Syarikat dan Indonesia -2011
    3. Ahli Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi dan Penilaian Teknikal Untuk Tender Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Berkelompok bagi Pelajar/ Pegawai Tajaan Kerajaan Malaysia ke Amerika Syarikat dan Indonesia-2011
    4. Penyelaras CPD-PTK bagi Program Kesihatan Pergigian-2008-2011
    5. Penggubal soalan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan
    6. Penulis, Penterjemah, Akreditor isi kandungan untuk MyHEALTH dan Ahli Panel Perkhidmatan Tanya Pakar Portal MyHEALTH, 2005-2008
    7. Pegawai Pemeriksa Premis Pergigian Swasta di bawah Seksyen 31(1),(2) dan (4) Akta Pergigian, 1971; 2000
  3. Penglibatan Dalam Penyelidikan/ Kajian dan Penerbitan:
    1. Dasar Pelantikan Kontrak Pegawai Pergigian Bagi Warganegara dan Bukan Warganegara di Kementerian Kesihatan Malaysia- 2011
    2. Penyelaras Kajian ‘Young Adults’ Knowledge, Perception and Behaviour to Oral Health and Oral Healthcare’ pada tahun 2004
    3. Penerbitan Refusal of Dental Treatment in the School Dental service Among Primary School Children as abstract in Int. Dent J 2001;51(5):359-370
    4. Poster Presentation Caries Experience in Sekolah Menengah Agama Marang, Terengganu di Mesyuarat Saintifik ke-2, Institusi Kesihatan Kebangsaan & Dialog Penyelidikan; 11-14 Julai 1999 dan World Dental Congress 2001 (FDI 2001; 27 Sept. – 1 Okt. 2001)
    5. Oral Presentation Caries Experience in Sekolah Menengah Agama Marang, Terengganu di Oral Health Research Meeting 12-13 March 2001. Published as abstract in Int Dent J 2001;51(5) 377
    6. Pemeriksa untuk murid 6 dan 12 tahun bagi Negeri Terengganu dalam National Oral Health Survey of School Children 1997 (NOHSS ’97)

Pengalaman kerja :

Bermula sebagai Pegawai Pergigian Pelatih pada tahun 1984, Dr. Che Noor Aini telah di tempatkan di beberapa klinik pergigian di Terengganu memberi perkhidmatan pergigian kepada orang ramai. Dengan pengalaman yang ada, beliau dinaikkan pangkat untuk menjadi Pegawai Pergigian Y/M di beberapa klinik.

Seterusnya beliau dinaikkan pangkat lagi dan ditugaskan di ibu pejabat sebagai Content Developer di Unit Penggalakan Kesihatan Pergigian selama 5 tahun dan sekarang mengetuai Cawangan Amalan Profesional & Auksiliari.

 

Semakan Akhir : 16 Ogos 2011

 

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,095,841

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia