A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Aaisah bt. Senin

Dr. Aaisah bt. Senin

alt

Dr. Aaisah bt. Senin mempunyai pengalaman kerja selama 24 tahun dan merupakan Timbalan Pengarah, di Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau juga  adalah seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam.

Beliau telah menamatkan pengajian  di Universiti Malaya dengan memperoleh Masters in Public Health dan dari Royal Collage of Surgeons diIreland dengan memperoleh  Bachelor of Medicine and Surgery (MBBC. BAO. LRCP&SI (Ire)).

Kepakaran atau bidang kerja  beliau sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Awam melibatkan penetapan polisi kesihatan awam di dalam program keselamatan dan kualiti makanan di samping memberi input klinikal dan teknikal di dalam pencegahan penyakit bawaan makanan dan air serta langkah-langkah pencegahannya. Beliau berpengalaman dalam memastikan objektif kesihatan awam dihasilkan melalui kawalan keselamatan dan kualiti makanan import dan domestik berteraskan kaedah berasaskan risiko. Beliau telah terlibat di dalam mengujudkan sistem “web based IT “iaitu Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) yang berasakan risiko bagi mengawal keselamatan makanan yang diimport  ke negara ini. Sistem ini telah mendapat pengiktirafan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  dan rantau Asia .

Di antara pengalaman beliau adalah:

  • Beliau dilantik sebagai Konsultan kepada WHO ke Negara LAO PDR pada tahun 2005 untuk mengujudkan sistem berasakan risiko dan IT .
  • Beliau dilantik sebagai National Contact Point untuk Asean Rapid Alert System for Food and Feed  dan mengetuai delegasi Malaysia dari tahun 2007 hingga 2010.
  • Beliau juga telah mengetuai delegasi Malaysia di dalam mesyuarat antarabangsa seperti Mesyuarat Antarabangsa Codex sebagai contoh Codex Committee of Food Import and Export Inspection and Certification sejak tahun 2001.
  • Beliau juga telah dilantik sebagai Pensyarah Jemputan untuk Program Masters in Public Health di University Malaya dan Masters in Health Informatic, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Beliau juga terlibat sebagai penceramah di mesyuarat, seminar dan konferens di dalam dan luar negara.

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,059,612

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia