Transkipsi V/o Boleh kah pengidap diabetes, berpuasa ? Jawabnya boleh ! asalkan kandungan gula dalam darah terkawal serta mendapat nasihat daripada doktor sebelum berpuasa. Pada tahap normal, insulin mempunyai peranan untuk mengatur kadar gula dalam darah. Iaitu sekitar 4 – 6 mmol/l dalam keadaan puasa. Dan di bawah 8 mmol/l pada dua jam sesudah makan. Keadaan penyakit diabetes berlaku kerana organ pancreas dalam badan kurang menghasilkan insulin atau badan tidak dapat menggunakan glukos dengan berkesan. Ini yang menyebabkan paras gula dalam badan akan meningkat. Berikut cara mengambil ubat untuk pesakit diabetes dari jenis pil di bulan puasa : Bagi ubat yang perlu dimakan 2 kali sehari sebelum makan, ambil sekali 30 minit sebelum sahur. Dan kali kedua ubat dimakan selepas buka puasa dengan kurma. Dan makan selepas 30 minit kemudian. Dan akhir sekali , bagi ubat yang perlu dimakan selepas makan, ambil sekali selepas sahur. Dan sekali lagi selepas berbuka puasa. Berbeza pula cara mengambil ubat untuk pesakit diabetes dari jenis suntikan insulin adalah seperti berikut : Bagi suntikan insullin extrepen ,mixstod ianya perlu disuntik sewaktu berbuka puasa dengan kurma dan sebelum sahur dan makan serta 15 – 30 minit kemudian sebelum. Insullin extrepen ,di suntik 2 kali sehari di bulan puasa Akhir sekali bagi contoh insullin Humalog , Novorapid , Novomix Anda boleh mulakan makan malam dengan segera 2 kali sehari semasa sahur dan sewaktu berbuka puasa Dalam masa anda menjalani rawatan diabetes, anda perlu tahu yang anda mungkin menghadapi hipoglisemia iaitu (tahap glukos rendah dalam darah) dalam keadaan ini anda perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memulihkan keadaan Tanda dan gejala hipoglisemia ialah : * Berpeluh sejuk / berpeluh banyak Biasanya jika seseorang tidak makan atau kurang makan selepas mengambil insullin kejadian hypo akan berlaku. Apa perlu dilakukan? Sentiasa bersedia dengan gula-gula. Bila rasa hypo, makan gula-gula atau minum air bergula. Elakkan terus makan roti atau nasi kerana ianya lambat diserap dan di proses menjadi gula Sesungguhnya amalan puasa boleh membantu kekalkan gula di dalam darah hingga mencapai kadar optimum malah Rasullah s.aw mengingatkan umat nya dalam hadis riwayat imam tarbarni dari abu hurairah bermaksud berpuasa lah kamu nescaya kamu sihat |
|
---|