A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. PRIME YEARS
  4. /
  5. Disease
  6. /
  7. Dermatitis Kontak

Dermatitis Kontak

Definasi

Ianya merupakan inflamasi (radang) pada kulit yang disebabkan oleh hapten (alergen – dermatitis kontak alergi) atau faktor-faktor iritasi (dermatitis kontak iritasi) di persekitaran. Reaksi kulit dikesan sebagai ekzema atau dermatitis.

Gambar 1: Dermatitis kontak disebabkan oleh nickel dalam jam tangan

Apakah bahan-bahan alergen yang biasa menyebabkan dermatitis?

Hapten (alergen) yang kebiasaannya menyebabkan inflamasi pada kulit seperti tersenarai:

  • Bahan kimia atau bahan getah campuran dalam sarung tangan,  alat pemegang bergetah pada peralatan, peralatan senaman atau basikal / motosikal.
  • Minyak wangi dalam cecair wangian, deodoran, syampu, sabun atau losyen dan kosmetik.
  • Pelbagai jenis ubat sapu tradisional
  • Barang-barang yang mengandungi nickel seperti barang perhiasan contoh: keronsang atau rantai leher, jam tangan, butang seluar jean, kepala tali pinggang dan cermin mata.
  • Pelbagai jenis bahan kimia dari industri di tempat kerja.

Apakah faktor-faktor iritasi yang biasa menyebabkan dermatitis?

Faktor-faktor tersebut seperti tersenarai:

  • Detergen dalam sabun basuh, cecair pencuci pinggan mangkuk atau lantai
  • Pelarut
  • Faktor-faktor fizikal seperti haba, geseran, tekanan yang berulang kali,  humiditi yang rendah atau tinggi contoh: pekerjaan yang sentiasa basah.

Apakah gejala-gejala dermatitis yang biasa dilihat?

  • Kawasan yang terlibat bergantung pada kawasan yang mengenai bahan.Kebiasaannya melibatkan tangan, lengan, muka dan kaki.
  • Pada peringkat awal (akut), kebiasaannya gatal, timbul ruam-ruam merah atau gelembung-gelembung cecair. Gelembung-gelembung cecair akan pecah dan menyebabkan kulit berair atau berkeruping.
  • Pada peringkat selanjutnya (kronik), kebiasaannya gatal, warna kulit menjadi lebih gelap samada coklat tua atau kehitaman, kulit menebal dan bersisik sedikit.
 

Rawatan

  • Rawatan utama adalah untuk elakkan dari terdedah kepada alergen atau faktor yang  menyebabkan iritasi. Patch test boleh dijalankan untuk mengenalpasti alergen.
  • Peringkat awal:
    1. Kerap kali rendam atau cecah kulit dengan potassium permanganate untuk lesi kulit yang berair atau lembab. Kebiasaanya dilakukan 2 hingga 3 hari.
    2. Sapu ubat steroid sekali atau dua kali sehari mengikut nasihat doktor. Ini dapat mengurangkan inflamasi kulit.
    3. Antihistamin boleh menolong mengurangkan rasa gatal pada sesetengah pesakit
  • Peringkat selanjutnya:
    1. Sapu ubat steroid sekali atau dua kali sehari mengikut nasihat doktor.
    2. Sapu pelembap dalam bentuk krim atau salap berminyak untuk mengurangkan kulit kering atau bersisik
    3. Antihistamin boleh menolong mengurangkan rasa gatal pada sesetengah pesakit
  • Antibiotik hanya diberikan oleh doktor jika disyaki terdapat jangkitan kuman bakteria. 

Langkah-langkah pencegahan

  • Adalah penting untuk mengelakkan dari terdedah semula kepada alergen atau faktor-faktor yang menyebabkan iritasi untuk mengelakkan masalah berulang.
  • Guna peralatan pelindungan diri yang bersesuaian seperti yang diarahkan oleh penyelia anda
  • Penjagaan tangan:
    1. Jangan rendam tangan terlalu lama atau sentiasa basah
    2. Kurangkan kekerapan basuh tangan
    3. Guna sarung tangan bila perlu mengendalikan bahan kimia atau pencuci
    4. Guna bahan pencuci yang tidak begitu kuat
    5. Keringkan tangan yang
    6. Guna pelembab dan sapu kerap kali

 

Semakan Akhir : 30 Oktober 2013
Penulis : Datin Dr. Asmah bt. Johar

 

Related Article

Needle Syringe Exchange Program (NSEP)

NSEP is an acronym for Needle Syringe Exchange Programme. It is a part of harm reduction programme. It is a programme where used needles and syringes are exchanged with sterile ones among intravenous drug users

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,068,072

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia