Transkipsi V.O
Keadaan rumah yang berselerak dengan objek-objek kecil samada di tangga atau di ruang tamu juga boleh mengakibatkan kaki tergelincir semasa memijaknya dan terjatuh. Sekiranya anda terjatuh jangan cepat panik. Anda perlu berada di dalam keadaan tenang dan periksa dulu sekiranya ada bahagian badan yang tercedera sebelum anda bangun semula. Jangan biarkan anda berada di dalam keadaan anda terjatuh tadi terlalu lama kerana badan anda akan mula merasa sejuk dan sakit akibat tercedera. Pusingkan badan anda ke kiri atau ke kanan dan gerakkan kaki atau tangan anda sekiranya anda berupa melakukannya. Sekiranya anda tidak dapat bangun sendiri, dapatkan bantuan dengan menifon talian kecemasan sekiranya telefon berdekatan dengan anda dan dapat di capai. Sekiranya telifon tidak dapat di capai anda boleh membuat bising seperti mengetuk dinding atau lantai sehingga bantuan tiba. Sekiranya anda terjatuh di sekitar yang basah cuba beralih ke tempat yang kering . Sekiranya anda boleh bangun anda gunakan beberapa kaedah seperti berikut:
Pastikan anda memberitahu penjaga atau doktor mengenai kejadian anda terjatuh tadi. Demi menjaga keselamatan anda di rumah passtikan rumah anda sentiasa kemas dan bersih.
|
|
---|