Transkipsi
Kebersihan mulut harus di jaga dengan memberus dan memfloss gigi, manakala berkumur dengan bahan kumuran boleh menambah keberkesanan penjagaan kesihatan mulut
Berkumur dengan air dapat membantu membuang sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi ,manakala penggunaan bahan kumuran dapat menyegarkan bau nafas dan memberi perlindungan pada jangkitan serta merawat penyakit dalam mulut
Gunakan bahan kumuran yang bersesuaian dan sekiranya anda mempunyai masalah yang berlanjutan berkaitan gigi ,gusi atau pun nafas anda sila lah berjumpa doktor gigi
Teknik berkumur dengan betul ialah :
Pastikan gigi anda bersih sebelum berkumur. Berkumur samada di bahagian kiri atau kanan terlebih dahulu sekurang-kurangnya Seminit atau mengikut arahan yang di berikan oleh produk kumuran yang anda gunakan
Keluarkan bahan kumuran jangan di bilas serta merta dengan air ikut arahan penggunaan yang di nyatakan pada label produk kumuran yang anda gunakan.
|