A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Angkat Bibir

Angkat Bibir

 

Download:

 

 

Transkipsi CARA MELAKUKAN ‘ANGKAT BIBIR’ Pertumbuhan gigi anak anda mungkin boleh berlaku seawal 6 bulan . oleh itu Pemeriksaan gigi perlu dilakukan sebaik sahaja gigi pertama tumbuh. Ini dilakukan secara berkala bagi mengesan  tanda-tanda awal kerosakan gigi. Pemeriksaan mulut anak anda  boleh  dilakukan dengan cara yang berikut:

  1. Pastikan anda dan anak anda berada dalam keadaan duduk yang selesa, kemudian angkat bibir anak anda dengan berhati-hati menggunakan jari.

Sekiranya anak anda berumur lebih dari dua tahun , dia boleh duduk secara berhadapan anda untuk pemeriksaan.

  1. Periksa empat (4) gigi hadapan di bahagian atas dan gigi lain di bawah dan belakang mulut.

APA YANG PERLU DIKESAN Terdapat beberapa perkara yang perlu anda kesan dan beri perhatian. Beri perhatian pada gigi yang sedia ada dan yang baru tumbuh, kemudian kira bilangan gigi yang telah tumbuh.

  1. perhatikan keadaan kebersihan giginya.
  2. Perhatikan tanda – tanda awal karies gigi  seperti pembentukan  garisan putih kekapuran atau bintik-bintik kekuningan pada gigi.
  3. sekiranya terdapat tanda-tanda ini, anda perlu membawa anak anda ke klinik pergigian untuk mendapatkan nasihat dan rawatan

PANDUAN PENTING UNTUK IBU BAPA

  1. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak menjaga kebersihan gigi dan mulut dari usia kecil lagi.
  2. Bersihkan atau berus gigi anak anda dengan teliti, sekurang-kurangnya dua kali sehari terutama selepas makan dan sebelum masuk tidur.
  3. Susu ibu adalah terbaik untuk bayi anda.
  4. Jika anda terpaksa menggunakan botol susu, jangan biarkan bayi anda tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan di dalam mulutnya kerana gigi akan mudah rosak: keadaan ini dikenali sebagai karies botol susu.
  5. Galakkan penggunaan cawan apabila bayi berumur lebih 6 bulan
  6. Anda boleh mula membawa anak anda untuk pemeriksaan gigi apabila mencapai usia satu tahun.
  7. Jadikanlah pemeriksaan angkat bibir berkala ini sebagai satu amalan supaya kesihatan gigi anak anda kekal sihat.
A

Angkat Bibir

Akibat Seks Luar Nikah

Alat Bantuan Untuk Warga Emas (Parkinson)

Amalan Batuk dan Bersin dengan Betul

Asas Penjagaan Kulit

Aktiviti Fizikal dan Pemakanan : Misi Amirul & Syazwan

 

Related Article

Denggi

Download: Transkipsi DENGGI Dalam tidak sedar, anda mengundangnya. Membenarkannya mengganggu

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,369,017

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia