Home > PRIME YEARS > Reproductive Health > Analisis Perkembangan Embrio

Analisis Perkembangan Embrio

Pengenalan

Persenyawaan berlaku selepas sperma memasuki ovum dan berjaya menghasilkan zigot. Zigot mempunyai bahan genetik yang terdapat dari kedua-dua ibu dan bapa dengan 23 kromosom dari ovum dan 23 kromosom lagi dari sperma. Keselurahan 46 kromosom ini akan menjalani perubahan dan pembahagian mitotik yang seterusnya akan membentuk 2 sel embrio pada 24-30 jam selepas sperma memasuki ovum.

Bilakah pemerhatian di lakukan?

Pemerhatian ke atas embrio akan dilakukan sehari selepas prosedur pengambilan oosit dan selepas 16 hingga 18 jam selepas proses persenyawaan melalui kaedah ICSI atau IVF. Pemerhatian akan diteruskan sehingga sel embrio membahagi kepada dua atau empat sel pada hari ke-2 (44 hingga 46 jam) dan 6 hingga 8 sel pada hari ke- 3 (66 hingga 68 jam) selepas proses persenyawaan.

Kemudian, perkembangan blastomer akan bermula dan sel akan menjadi penuh dan membentuk seakan-akan segugus beri dan dipanggil morula yang turut dipanggil ‘compacting’. Struktur blastosis akan terbentuk pada hari ke- 5 selepas persenyawaan.

Germinal vesicle (sel oosit yang tidak matang):

Germinal vesicle adalah kehadiran sel nukleus yang besar di dalam oosit yang belum matang. Pada tahap ini, tiada pembentukkan badan pola (pola body).

Metaphase 1 (oosit yang tidak matang):

Oosit yang tidak matang di mana germinal vesicle telah hilang daripada sitoplasma badan pola belum timbul lagi

Methaphase II (oosit yang matang):

Oosit matang yang telah terbentuk badan pola di bahagian ruang perivitalline.

Penilaian dan pemerhatian Zigot

Pemerhatian zigot dilakukan selepas 16 hingga 18 jam selepas sperm memasuki oosit 

Peringkat PN

Kehadiran 2 pronuclei dan 2 badan pola menunjukkan persenyawaan  telah berlaku.

Pembahagian hari ke-2  

Selepas 48 jam, kehadiran 4 sel embrio  seperti gambarajah di bawah.

Pembahagian hari ke-3

Hari ke-3; pembahagian kepada 6 hingga 8 sel embrio.

Hari ke-4 morula.

Pembahagian embrio yang mengandungi sel yang dipanggil blastomer pada hari ke-4 .

Hari ke-5 blastosist.

Gambar menunjukkan blastosis pada hari ke 5.

 

Semakan Akhir : 22 Oktober 2014
Penulis : Siti Norfaizah bt. Wagiman
Akreditor : Krishnan a/l Kanniah