Ekstasi

Apakah itu ekstasi?

Ekstasi

  • Adalah dadah sintetik yang diharamkan
  • Mempunyai kesan yang sama seperti dadah perangsang dan dadah yang mengkhayalkan
  • Kerap digunakan di kelab malam dan disko yang beroperasi sepanjang malam
  • Ia juga dikenali sebagai – “club drug”, “love drug” dan “dance drug”
  • Ia boleh menyebabkan ketagihan

 

Bagaimana ekstasi menjejaskan tubuh anda?

1.      Kesan jangka pendek yang positif :

  • Perasaan gembira yang amat sangat
  • Mudah bergaul
  • Bertambah tenaga
  • Rasa selesa dan rapat dengan orang lain
  • Amat seronok dengan muzik

2.      Kesan jangka pendek yang negatif :

  • Loya
  • Seram-sejuk
  • Berpeluh
  • Peningkatan suhu badan, degupan jantung dan tekanan darah
  • Mengetap gigi tanpa disedari
  • Kejang otot

3.      Kesan jangka panjang yang negatif :

  • Merasa cemas
  • Keadaan paranoia
  • Kekurangan air
  • Kemurungan
  • Kegagalan jantung atau buah pinggang
  • Hilang ingatan

 

Adakah ekstasi merbahaya?

Ekstasi merbahaya kerana ia boleh menyebabkan :

  • Ketagihan
  • Masalah mental seperti kemurungan dan khayalan
  • Kerosakan pada otak dan saraf
  • Kerosakan pada organ-organ penting seperti jantung, hati dan buah pinggang
  • Kecederaan akibat keganasan atau kemalangan
  • Masalah merokok dan minum arak
  • Kematian

Ia juga boleh menyebabkan seseorang :

  • Terdedah kepada seks yang tidak selamat dan tidak diingini
  • Ditahan polis kerana melanggar undang-undang akibat penggunaan dadah yang diharamkan

 

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya terlibat dengan ekstasi?

  • Dapatkan bantuan dan sokongan dari ibubapa, guru, kaunselor, pembimbing rakan sebaya atau doktor
  • Anda hendaklah tegas dengan pen dirian anda dan katakan “tidak” kepada gejala ini
  • Untuk maklumat lanjut, link kepada :
    • modul penyalahgunaan dadah dan ketegasan atau laman web yang berkaitan
    • berkata “tidak” kepada merokok

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Foong Kin
  : Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin
Penyemak : Dr. Salmiah bt. Md. Sharif
  : Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail