Home > Laman Utama > Dr. Uma Subramaniam

Dr. Uma Subramaniam

Dr. Uma Subramaniam merupakan Pakar Periodontik di Pusat Pakar Pergigian Seremban.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1994 dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS). Ini disusuli dengan Fellowship in Dental Surgery Royal College of Surgeons (FDSRCS) pada tahun 1998 serta Masters in Dental Science (Periodontics) pada tahun 2000.

Kerja-kerja beliau melibatkan pencegahan, rawatan serta rehabilitasi pesakit-pesakit  periodontal yang dirujuk ke Unit Pakar Periodontik, Pusat Pakar Pergigian Seremban. Beliau juga terlibat dalam latihan pelbagai kategori kakitangan umpamanya Pegawai Pergigian Tahun Pertama (FYDO), Pegawai Pergigian Tahun Kedua (SYDO), Jururawat Pergigian Posbasik (Periodontik) dan Pembantu Pembedahan Pergigian. Beliau juga pernah dilantik untuk pewartaan Pakar Klinikal Periodontik yang baru menghabiskan pengajian lepas ijazah.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian Tahun Pertama (1994-1995) di Hospital Seremban (kini dikenali sebagai Hospital Tuanku Jaafar, Seremban).
  2. Pegawai Pergigian Yang Menjaga (1995-1997), Klinik Pergigian Palong 4,5,6.
  3. Pegawai Pergigian (1997-1998), Klinik Pergigian Port Dickson.
  4. Pakar Klinikal Periodontik (2000-2001), Klinik Pergigian Jalan Zaaba, Seremban.
  5. Pakar Periodontik (2001-sekarang), Pusat Pakar Pergigian, Seremban.

Semakan Akhir : 18 Ogos 2011