Home > Laman Utama > Dr. Tan Soek Siam

Dr. Tan Soek Siam

Dr. Tan Soek Siam mempunyai pengalaman kerja selama 11 tahun sebagai Pakar Perunding Hepatologist dan adalah ketua Jabatan Hepatologi, Hospital Selayang.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Trinity College, Dublin (Ireland) dengan memperolehi BA BAO BCH MB. Beliau juga telah berpeluang menamatkan pengajian dengan kelayakan MRCP dari Royal College of Physician, Ireland.

Beliau menerima latihan dalam subkepakaran hepatologi di Hospital Kuala Lumpur Malaysia dan di Institute of Liver Study at King’s College Hospital (UK). Beliau adalah ahli persatuan: Malaysian Transplant Society, College of Physicians at the Academy of Medicine in Malaysia  dan Malaysian Society of Gastroenterology and Hepatology.

Penyelidikan Dr Tan termasuk kegagalan fungsi hati akut, hepatitis B dan C yang kronik, penyakit hati autoimun dan penyakit Wilson. Beliau adalah penyelidik utama di Pejabat Pendaftaran Penyakit Hati Malaysia dan pengarang bagi enam jenis penerbitan.