A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Dr. Sri Wahyu Taher

Dr. Sri Wahyu Taher

Dr. Sri Wahyu bt. Taher mempunyai pengalaman kerja selama 18 tahun dan merupakan Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan Bandar Sg. Petani, Kedah.

Beliau telah menamatkan pengajian dari University St. Andrews, Scotland dengan memperolehi BSc Med. Science. Beliau juga telah berpeluang melanjutkan pengajian di University of Glasgow, Scotland dengan memperolehi MBCh.B serta memegang sijil Masters in Medicine (Fam. Med) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr. Sri Wahyu telah melanjutkan pengajian di Monash University Australia pada tahun 2006 dengan memperolehi Fellowship in Chronic Disease Management Primary Care. Sekembali dari Australia beliau telah di pilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa Exco Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia. Seterusnya beliau telah di lantik sebagai Ketua Perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga Negeri Kedah untuk tahun 2009 – 2011. Sekarang beliau adalah Ketua Perkhidmatan Klinikal Daerah Kuala Muda sejak 2009 selain bergelar Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Selain dari memegang pelbagai jawatan di Kementerian Kesihatan, beliau juga aktif di dalam penulisan. Contohnya beliau adalah salah seorang ahli jawatan kuasa pembentukan CPG Cancer Pain Management, Palliative Care Services Policy KKM, Review Committee CPG Acute Otitis Media, Contributor National Survey on Medicine User 2008, Pembentukan Protokol Obsterik Kedah 2011, Pembentukan Manual Pre Pregnancy Care Services Kedah, Pembentukan E-Learning Module dan lain-lain. Beliau juga aktif di dalam penerbitan dan kajian klinikal. Sehingga kini beliau telah terlibat di dalam 3 International Multi Centre Clinical Trials dan 7 penerbitan. Beliau juga adalah Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Daerah Kota Setar dan Setiausaha Agung Persatuan Hospis Kedah.

Artikel Berkaitan

A

Akibat Seks Luar Nikah Alat Bantuan Untuk Warga Emas (Parkinson)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,095,544

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia