Home > Laman Utama > Dr. Soon Hooi Imm

Dr. Soon Hooi Imm

Dr. Soon Hooi Im

Dr. Soon Hooi Imm  merupakan Pakar Pergigian Ortodontik  di Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Changlun, Kedah.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS). Beliau kemudian meneruskan pengajian di UCL Eastman Dental Institute, London untuk mendapatkan ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (Ortodontik) serta Membership in Orthodontics (MOrth) RCS England.

Kerja-kerja beliau termasuk rawatan ortodontik dan kes kompleks yang melibatkan gabungan rawatan dengan bidang pergigian lain, termasuk pembedahan pergigian, pergigian kanak-kanak, pergigian restoratif dan bidang kepakaran pembedahan plastik. Dr. Soon juga menerbitkan kajian beliau di Malaysian Dental Journal dan Journal of Orthodontics.

Pengalaman kerja:

  1. Klinik Pergigian Alor Setar, Kedah
  2. Klinik Pergigian Jalan Putra, Kedah
  3. Klinik Pergigian Simpang Kuala, Kedah
  4. Eastman Dental Hospital, United Kingdom
  5. Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Jitra/Changlun

Semakan Akhir : 15 Jun 2015