Home > Laman Utama > Dr Salmiah Bt. Md Sharif

Dr Salmiah Bt. Md Sharif

Dr Salmiah Bt. Md Sharif mempunyai pengalaman kerja selama 21 tahun dan merupakan Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur .

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh Medical Degree dan Master In Medical (Family Medicine). Beliau juga telah memperolehi sijil diploma dalam bidang STD dan HIV dari Universiti Sydney serta menjalani latihan klinikal dalam bidang tersebut di klinik dan hospital di Sydney.

Kerja-kerja beliau melibatkan tugasan klinikal merangkumi merawat pesakit secara holistik merangkumi penyakit akut dan kronik di kalangan semua peringkat umur.Beliau juga bertindak sebagai pakar rujuk klinikal bagi pegawai perubatan dan pakar perubatan keluarga terutamanya dalam bidang penyakit berjangkit.

Beliau juga banyak melibatkan diri dalam pendidikan perubatan dengan menjadi pensyarah kehormat perubatan keluarga , Universiti Kebangsaan Malaysia, selain dari menjadi pensyarah jemputan di fakulti perubatan dan kejururawatan  tempatan. Beliau juga melibatkan diri dalam pembentukan Clinical Practice Guideline dan juga penyelidikan.