Home > Penulis > Dr. Norhayati bt. Abas

Dr. Norhayati bt. Abas

Dr. Norhayati bt. Abas

Dr. Norhayati bt. Abas merupakan Pakar Pergigian Periodontik di Unit Pakar Periodontik, Klinik Pergigian Bandar Jerantut, Pahang.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh ijazah Doctor of Dental Surgery (DDS) pada 2006, Fellowship of Royal Australasian College of Dental Surgeons (FRACDS)  dan Master of Restorative (Periodontic) (USM), pada 2014.

Kerja-kerja beliau melibatkan merawat dan mencegah penyakit pergigian yang melibatkan struktur Periodontium.

Kepakaran lain termasuk merawat kes-kes yang melibatkan Implan gigi, kecacatan gusi dan tulang alveolus serta regenerasi periodontium. Selain kerja-kerja klinikal, beliau juga terlibat dalam penyeliaan dan memberi tunjuk ajar kepada pegawai-pegawai pergigian tahun pertama (FYDO) dan pegawai pergigian yang melakukan sangkutan sebelum menyambung pelajaran di peringkat master.  

Pengalaman kerja:

  1. Klinik Pergigian Jalan Gambut, Kuantan Pahang (2006 – 2007)
  2. Klinik Pergigian Muadzam Shah, Pahang (2007 – 2008)
  3. Klinik Pergigian Beserah, Kuantan Pahang (2008 – 2009)
  4. Unit Pakar Periodontik, Kuantan Pahang (2009 – 2010)
  5. Doktor gigi posgrad di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (2010 – 2014)
  6. Unit Pakar Periodontik Peringgit, Melaka (Jun 2014 – Dis 2014)
  7. Unit Pakar Periodontik Jerantut, Pahang (Dis 2014 – sekarang)

Semakan Akhir : 14 Mac 2017