Home > Penulis > Dr. Khamisah bt. Awang Kechik

Dr. Khamisah bt. Awang Kechik

Dr. Khamisah bt. Awang Kechik

Dr. Khamisah bt. Awang Kechik merupakan Pakar Perubatan Mulut dan Patologi Mulut di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pergigian (2005) dan di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (Perubatan Mulut dan Patologi Mulut) (2013).

Kerja-kerja beliau melibatkan diagnosis dan pengurusan pesakit-pesakit perubatan mulut (klinikal) dan diagnosis melalui kajian tisu (patologi).

Pengalaman kerja:

  1. Hospital Alor Star (2005)
  2. Klinik Pergigian Teluk Wanjah, Alor Star (2005-2006)
  3. Klinik Pergigian Bedong, Kedah (2006-2008)
  4. Klinik Pergigian Sungai Petani (2008-2009)
  5. Pusat Perubatan Universiti Malaya (2009-2013)
  6. Institut for Medical Research, Kuala Lumpur (2013-2014)
  7. Hospital Raja Permaisuri Bainun (2014-sekarang)

Semakan Akhir : 23 November 2015