A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Dr. Jama’iah bt. Hj....

Dr. Jama’iah bt. Hj. Mohd. Sharif

Dr. Jama'iah Mohd Sharif

Dr. Jama’iah binti Hj. Mohd. Sharif merupakan Pakar Pergigian Pediatrik di Jabatan Pergigian Pediatrik, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Beliau telah menamatkan pengajian dari University of Otago, New Zealand dengan memperoleh Bachelor of Dental Surgery pada tahun 1999. Beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Master of Clinical Dentistry (Child Dental Health) pada tahun 2008.

Bidang kepakaran beliau meliputi:-

  1. Pengurusan  kes-kes oral dan maksilofasial pesakit pediatrik yang berumur 16 tahun ke bawah.
  2. Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah pergigian yang mempunyai kompromi perubatan seperti mereka yang mengalami imunotindasan akibat rawatan atau pesakit pemindahan organ, kanak-kanak yang mempunyai kecacatan jantung congenital, diskrasia darah, serta penyakit-penyakit kronik seperti asma, diabetes dan gangguan renal.
  3. Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah pergigian yang terdiri dari kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak terencat akal, mengalami palsi sereberum, mengidap epilepsy, autisme dan sebagainya.
  4. Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah pergigian yang spesifik dan kompleks.
  5. Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah perkembangan pergigian yang serius seperti amelogenisis dan dentinogenisis imperfekta, displasia ektoderma, hipodontia, supernumerari dan sebagainya.
  6. Pesakit pediatrik yang memerlukan pembedahan dento-alveolus.
  7. Pesakit pediatrik yang mengalami trauma orofasial.
  8. Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah patologi dan perubatan mulut termasuk mereka yang mempunyai anomali orofasial.
  9. Pesakit pediatrik yang kecil yang mengalami karies rampan atau karies susuan.
  10. Pesakit pediatrik yang dirujuk untuk pengendalian masalah perilaku seperti tidak dapat memberi kerjasama dan takut terhadap persekitaran klinik dan rawatan pergigian.          
  11. Melakukan prosedur pergigian pesakit pediatrik di bawah bius umum di dewan pembedahan.
  12. Melakukan prosedur pergigian pesakit pediatrik menggunakan sedasi oral dan inhalational sedation.

Pengalaman kerja:

  1. Jabatan Bedah Mulut, Hospital Ipoh
  2. Jabatan Pergigian Pediatrik,  Hospital Ipoh
  3. Klinik Pergigian Tanjung Malim
  4. Jabatan Bedah Mulut, Hospital Kuala Lumpur
  5. Jabatan Bedah Mulut, Hospital Selayang
  6. Klinik Pakar Pergigian Pediatrik,  Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
  7. Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

 

Semakan Akhir : 17 Jun 2014

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,187,553

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia