A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Dr. Iskandar Firzada b....

Dr. Iskandar Firzada b. Osman

alt

Dr. Iskandar Firzada b. Osman yang merupakan bekas pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, PERAK telah mula berkhidmat semenjak tahun 1992 dan merupakan Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan, PAHANG.

Beliau yang berasal dari Parit Buntar, PERAK telah menamatkan pengajian dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memperolehi ijazah Doktor Perubatan (MD). Setelah berkhidmat di Hospital Ipoh, Lumut dan Manjung, beliau seterusnya menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperolehi ijazah Sarjana Perubatan (Perubatan Keluarga). Di samping itu, beliau juga telah memperolehi kelulusan  Membership of the Academy of Family Physicians of Malaysia (MAFP) dan Fellowship of the Royal Australian College of General Practitioners (FRACGP). Beliau memulakan khidmatnya sebagai Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan Kuala Rompin, Rompin dan Klinik Kesihatan Peramu Jaya, Pekan sebelum berkhidmat di klinik sekarang. Minatnya yang mendalam terhadap Kesihatan Remaja mendorong beliau untuk memohon dan diterima untuk mengikuti latihan sebagai Fellow in Adolescent Health, di Centre for Adolescent Health (CAH), Royal Children’s Hospital, Melbourne, AUSTRALIA  selama 12 bulan di dalam tahun 2004 dan 2005. Beliau juga telah diterima dan menjalani latihan sebagai Clinical Fellow, di Division of Adolescent Medicine, Department of Paediatrics, Hospital for Sick Children, Toronto, CANADA selama 3 bulan di dalam tahun 2010.

Selain dari menjalankan tugas sebagai Pakar Perubatan Keluarga, beliau telah dilantik sebagai Pensyarah Kehormat untuk pelajar perubatan, Kulliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Penyelia Klinikal untuk doktor pelatih Sarjana Perubatan (Perubatan Keluarga) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mentor serta pemeriksa untuk doktor pelatih yang menjalani latihan dan menduduki peperiksaan Conjoint Membership of the Academy of Family Physicians of Malaysia (MAFP) and Fellowship of the Royal Australian College of General Practitioners (FRACGP).

Dr. Iskandar Firzada b. Osman juga merupakan salah seorang ahli yang bertanggungjawab di dalam penyediaan modul latihan serta fasilitator peringkat kebangsaan ‘Engaging Adolescent: Using HEADSS Framework’ iaitu siri latihan untuk anggota kesihatan memberikan khidmat nasihat kepada pesakit remaja. Beliau juga salah seorang ahli yang bertanggungjawab di dalam penyediaan Garis Panduan Pengendalian Masalah Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Klinik Kesihatan terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,070,168

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia