Home > Laman Utama > Dr. Felix Yap Boon Bi

Dr. Felix Yap Boon Bi

Dr. Felix Yap Boon Bin merupakan Pakar Dermatologi di Jabatan Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur.

Beliau mendapat pengajian perubatan di Universiti Malaysia Sarawak dan dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MD) pada tahun 2001. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian di Royal College of Physicians, United Kingdom dan memperolehi MRCP(UK) pada tahun 2006 dan Sarjana Lanjutan Dermatologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010.

Beliau telah bertugas selama 8 tahun di Sarawak, termasuk hospital daerah di pendalaman. Beliau juga telah berkhidmat sebagai pakar perubatan dalaman di Hospital Umum Sarawak selama 2 tahun. Sekarang, beliau bertugas sebagai pakar dermatologi dan bertanggungjawab untuk merawat pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit kulit. Beliau juga aktif dalam bidang research dan telah menerbitkan lebih daripada 40 artikel perubatan di jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau juga terlibat dalam beberapa clinical guidelines dalam bidang dermatologi di peringkat kebangsaan. Beliau juga aktif dalam aktiviti NGO.