Home > Laman Utama > Dr. Dasera Raj a/l Vedha Raj

Dr. Dasera Raj a/l Vedha Raj

Dr. Dasera Raj

Dr. Dasera Raj a/l Vedha Raj merupakan Pakar Pergigian Keperluan Khas di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Beliau telah menamatkan pengajian di University of Melbourne, Australia dengan memperoleh ijazah Doctor of Clinical Dentistry in Special Needs Dentistry.

Kerja-kerja beliau merangkumi rawatan kepakaran pergigian untuk golongan yang mempunyai keperluan istemewa atau orang kurang upaya, golongan warga emas, golongan yang mempunyai masalah psikatri dan golongan yang mempunyai masalah perubatan kompleks dimana terdapat kekangan dari segi akses untuk rawatan pergigian yang rutin oleh pesakit.
Kepakaran lain termasuk rawatan pergigian untuk warga tua terlantar, rawatan pergigian untuk pesakit yang memerlukan penjagaan palliative dan rawatan pergigian domisiliari.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Jalan Mengkibol, Kluang, Johor dari tahun 2005-2006
  2. Pegawai Pergigian di Jabatan Bedah Mulut, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dari tahun 2006-2009
  3. Melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian kepakaran Pergigian Keperluan Khas dari tahun 2010-2012 di University of Melbourne, Australia dan telah menerima latihan kepakaran di:
    1. Intergrated Special Needs Dentistry Unit, Dental Health Services of Victoria di Royal Dental Hospital Melbourne.
    2. Domicillary Dental Services, Dental Health Services of Victoria di Royal Dental Hospital, Melbourne.
    3. Oral and Maxillofacial Surgery Unit, The Royal Melbourne Hospital.
    4. Department of Dentistry, Royal Children’s Hospital, Melbourne.
    5. Dental Oncology, Peter MacCallum Cancer Centre, Melbourne.
    6. Dental Unit, Alfred Hospital, Melbourne.
  4. Pakar Pergigian Klinikal di Unit Pergigian Keperluan Khas, Jabatan Bedah Mulut, Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2013-2014
  5. Pakar Pergigian Keperluan Khas di Unit Pergigian Keperluan Khas, Jabatan Bedah Mulut, Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada tahun 2015
  6. Ketua Kepakaran Negeri untuk Kepakaran Pergigian Keperluan Khas di Negeri Pulau Pinang dari tahun 2015 sehingga kini.

Semakan Akhir : 15 Jun 2015