Home > Penulis > Dr. Cheah Wee Kooi

Dr. Cheah Wee Kooi

Dr. Cheah Wee Kooi, Pakar Geriatrik dan Pakar Perubatan Klinikal yang kini bertugas sebagai Ketua Unit Geriatrik dan Pusat Penyelidikan Perubatan di Jabatan Perubatan, Hospital Taiping, Perak. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 14 tahun.

Kelayakan Dan Institusi:

  1. MBBS (University of Malaya)
  2. MRCP (Royal College of Physician of the United Kingdom)
  3. FRCP (London)
  4. CIME (American Board of Independent Medical Examiners)

Pengalaman:

Beliau menyediakan perkhidmatan lawatan pakar ke hospital-hospital lain yang berdekatan. Beliau memegang beberapa jawatan di peringkat Negeri dan Negara. Juga merupakan Penasihat Perkhidmatan Perubatan Geriatrik untuk Negeri Perak. Beliau bergiat aktif dalam kumpulan-kumpulan sokongan pesakit iaitu Diabetes Malaysia (Taiping) dan Persatuan Parkinson Perak. Beliau juga aktif dalam aktiviti pendidikan untuk orang-orang ramai dan kumpulan profesional dan mempunyai penerbitan saintifik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Semakan Akhir: 10 Januari 2017