A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Dr. Azillah bt. Mohd...

Dr. Azillah bt. Mohd Ali

alt

Dr. Azillah bt. Mohd Ali  merupakan Pakar Perunding Kanan Pergigian Pediatrik di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperolehi   Bachelor of Dental Surgery (1985) dan Master of Science in Children’s Dentistry (Paedodontics)-1994 dari Eastman Dental Institute, University of London. Beliau juga telah berpeluang melanjutkan pelajaran di Royal College of Surgeons of Edinburgh, Scotland dan  mendapat Fellowship in Dental Surgery (1995).

Kerja-kerja beliau melibatkan perkhidmatan  pergigian di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berumur 16 tahun ke bawah. Semenjak  itu beliau telah menunjukkan minat mengenai perkembangan karies rampan dan kesan  di kalangan kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik. Di dapati kebanyakkan kanak – kanak tersebut di beri penyusuan yang tidak betul iaitu tidur dengan botol  susu /  semasa penyusuan badan. Untuk mengelakkan kejadian ini beliau telah memperkenalkan pemeriksaan awal bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit yang kronik saperti penyakit jantung kongenital iaitu klinik mesra bayi di Hospital Sultanah Bahiyah pada tahun 2004 di mana bayi dibuat pemeriksaan seawal satu hari (day of life). Selepas memperolehi kepakaran dalam Pergigian Pediatrik beliau ditawarkan untuk kursus special interest dalam Dental Trauma di Royal Children Hospital Melbourne , Australia. Hasil dari lawatan tersebut beliau telah tubuhkan perkhidmatan Dental Trauma Clinic pada tahun 2007 hingga sekarang .  Beliau  juga merupakan Pemeriksa untuk Kolej Latihan Pergigian Malaysia dan Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Penang International Dental College. Di samping itu, beliau juga merupakan ahli dan auditor dalaman dalam akreditasi  Hospital Sultanah Bahiyah.     

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian Y/ M Klinik Pergigian , Hospital Kuala Krai (1985-1991)

  2. Pegawai Pergigian Tingkatan Kanan  Kolej  latihan Pergigian Malaysia dan Pusat Pergigian Kanak-kanak  (1991-1992)

  3. Pakar Klinikal  Pergigian Pediatrik Hospital Pulau Pinang (1995 -1997)

  4. Pakar Perunding Pergigian Pediatrik ( 1997- Feb 2010)

  5. Pakar Perunding Kanan Pergigian Pediatrik  ( Mac 2010 – hingga sekarang)

  6. Pengadil Bagi Pertandingan Klinikal Audit 2010 –  peringkat Hospital Sultanah Bahiyah

 

Semakan Akhir : 1 November 2010

Artikel Berkaitan

M

Mekanisma Tindak Balas Terhadap Stres  Mamogram Mati Pucuk Memahami Arahan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,243,523

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia