Home > Penulis > Dr. Azalina bt. Hj. Osman

Dr. Azalina bt. Hj. Osman

Dr. Azalina bt. Hj. Osman

Dr. Azalina bt. Hj. Osman merupakan Pakar Pergigian Pediatrik di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Sarjana Kesihatan Pergigian Kanak-kanak.

Kerja-kerja beliau melibatkan rawatan komprehensif kesihatan pergigian  dan mulut bermula dari bayi sehingga remaja berumur di bawah 16 tahun termasuk  kanak-kanak berkeperluan khas yang dirujuk dari klinik pergigian atau hospital kerajaan dan swasta.

Skop perkhidmatan termasuk memberi rawatan pencegahan yang melibatkan gigi susu dan gigi kekal, orofasial trauma, ortodontik interseptif, perubatan dan patologi mulut, pembedahan termasuk kecederaan tisu mulut, gigi dan tulang rahang, rawatan melibatkan keabnormalan gigi, restorasi kompleks dan pembuatan prosthesis . Rawatan yang lain seperti rawatan secara sedasi serta bius umum untuk kanak-kanak yang tidak dapat memberikan kerjasama. Selain daripada itu kanak-kanak keperluan khas yang memerlukan rawatan pergigian kompleks termasuk kanak-kanak  kelainan upaya dari segi mental dan fizikal serta masalah perubatan.

Pengalaman kerja:

  1. Klinik Pergigian Ipoh (Okt 2001-Nov 2001)
  2. Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Ipoh (Dis 2001-Feb 2002)
  3. Klinik Pakar Pergigian Pediatrik, Hospital Ipoh (Mac 2002- Mei 2002)
  4. Klinik Pergigian Tapah (Jun 2002- Dis 2003)
  5. Klinik Pakar Pergigian Pediatrik, Hospital Ipoh (Jan 2003- Jan 2004)
  6. Klinik Pergigian Tapah (Feb 2004- Jun 2004)
  7. Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (Julai 2004- Julai 2008)
  8. Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Wanita Kanak-kanak Sabah dan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah (Oktober 2013 sehingga sekarang) -selepas menamatkan pengajian peringkat sarjana
Semakan Akhir : 23 November 2015