A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an. Ia jarang berlaku di negara perindustrian kerana pemberian vaksin DPT telah dilaksanakan.

Penyakit difteria meningkat semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan      melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.

Penyakit ini dikesan di kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi.

Agen penyebab: Corynebacterium diphtheriae. Bakteria yang dijangkiti oleh virus corynebacteriophage akan mengeluarkan toksin difteria.

Menjangkiti tekak (tonsil, farinks, larinks, hidung) dan kadangkala selaput mukus lain, kulit , konjunktiva dan kemaluan.

Cara jangkitan: Jangkitan difteria tersebar dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair dan sentuhan fizikal.

Tempoh pengeraman: 2 hingga 5 hari atau lebih lama.

Jangkitan adalah teruk dan boleh mengancam nyawa. Komplikasi adalah sepanjang hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Risiko meningkat di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah.

Tanda dan Gejala

Pembebasan sitotoksin menyebabkan keradangan dan terbentuknya selaput lembut berwarna kelabu di sekitar tekak.

Sukar menelan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut dan farinks dan bengkak pada kelenjar leher.

Bagi kes yang teruk, leher menjadi bengkak dan edema.

Komplikasi

Kelumpuhan saraf kranial, motor periferi dan deria serta miokarditis.Kelumpuhan saraf otak, kaki dan tangan (motor periferi) serta deria dan radang pada jantung (miokarditis)

Rawatan

Rawatan khusus:

Antitoksin diberikan serta-merta selepas spesimen bakteria diambil tanpa menunggu keputusan.

Antibiotik tidak boleh mengantikan antitoksin.

Eritromisin dan Penisilin diberi selepas kultur diperolehi.

Pencegahan

Semua individu yang melakukan perjalanan ke luar negara perlu mendapatkan vaksin.

Jenis vaksin: Toksoid Difteria.

Bilangan dos: Sekurang-kurangnya 3, disuntik ke dalam otot.

Jadual vaksin: Ketika berumur 2, 3 dan 5 bulan berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.

Dos tambahan: Ketika berumur 18 bulan dan 7 tahun.

Kontraindikasi: Kesan buruk terhadap dos sebelumnya.

Kesan buruk:  Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin seawal mungkin. Terdapat sedikit perlindungan selepas dos vaksin yang kedua.

Rujukan / sokongan:

  • International Travel & Health, WHO 2006
  • Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L.Heymann, MD, Editor, 2004
  • Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • www.dph.gov.my / CDC / childhoodimmunisation

 

Semakan Akhir : 14 November 2014
Penulis : Dr. Norhayati bt. Rusli
Penterjemah : Noorhayati bt. Kassim
Akreditor : Dr. Nor Mimiroslina bt Che Omar

 

Artikel Berkaitan

Import dan Eksport Mayat

Jika anda bercadang untuk membawa balik mayat atau mana-mana bahagiannya ke Malaysia atau membawa keluar dari Malaysia, anda perlu mendapat kebenaran berdasarkan perundangan kesihatan awam yang ditetapkan.

Andropos

?Apakah itu Andropos? Andropos juga dikenali sebagai ADAM (Penurunan hormone

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,232,711

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia