A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Dewasa
  6. /
  7. Diet Vegetarian

Diet Vegetarian

Deskripsi

Sumber protein dalam diet vegetarian adalah daripada tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, bijirin, ubi-ubian, bijian dan sayur-sayuran. Protein tumbuhan adalah protein berkualiti rendah di mana ia tidak mengandungi semua komponen asid amino perlu jika dimakan tanpa kombinasi yang betul. Walau bagaimanapun apabila sumber-sumber protein tumbuhan tersebut digabungkan dengan betul, ia akan menghasilkan sajian makanan yang mengandungi semua komponen asid amino perlu yang lengkap. Diet Vegetarian ini diamalkan oleh individu atas sebab agama, kesihatan, ekonomi, ekologi atau falsafah hidup.

Klasifikasi

Pengamal Vegetarian boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu :

    • Vegan

Mengambil makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan sahaja.

    • Lacto-vegetarian

Mengambil makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan, susu dan hasil tenusu.

    • Lacto-ovo-vegetarian

Mengambil makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan, susu, hasil tenusu dan telur.

Ciri-ciri Diet

Diet ‘lacto-vegetarian’ dan ‘lacto-ovo-vegetarian’ adalah sajian yang mempunyai semua komponen asid amino perlu yang lengkap. Ia boleh memberi nutrien yang mencukupi jika kuantiti adalah memuaskan. Manakala bagi ‘vegan’, kombinasi kumpulan makanan yang sesuai adalah diperlukan untuk memenuhi keperluan nutrien harian.

Diet vegetarian adalah lengkap dengan protein jika sumber protein adalah daripada sekurang-kurangnya dua daripada empat kumpulan makanan protein di bawah.

Kumpulan Makanan Protein

Empat kumpulan makanan digunakan untuk mendapatkan sumber asid amino perlu yang lengkap dalam diet seseorang vegetarian adalah seperti berikut :

Kumpulan 1

Bijiran, hasil bijirin dan ubi-ubian seperti beras, gandum, jagung, hasil beras (bihun, nasi), hasil gandum (roti, tepung), barli, oat, ubi kentang, keledek, keladi, ubi kayu dan sebagainya.

Kumpulan 2

Susu dan hasil tenusu seperti keju, susu, yogurt, tairu, dadih, panner (keju India), aiskrim bersusu dan sebagainya.

Kumpulan 3

Kekacang seperti kacang tanah, kacang kuda, kacang hijau, kacang pis, kacang dal, kacang merah, kacang soya dan hasilnya seperti tauhu, fucuk, tempe dan sebagainya.

Kumpulan 4

Biji-bijian seperti kuaci biji tembikai, kuaci biji labu, kuaci biji matahari dan bijan.

Kombinasi Kumpulan Makanan

Kombinasi mana-mana dua kumpulan makanan protein ditunjukkan oleh anak panah penyambung seperti dalam gambar rajah di bawah, akan membekalkan protein yang lengkap. Kombinasi makanan tersebut perlu diambil sekurang-kurangnya sekali pada setiap waktu hidangan.

Contoh Hidangan

Bil. Kumpulan Hidangan
1. Kumpulan 1 dan Kumpulan 2

Roti dan Susu atau Hasil Tenusu

  • Capati atau puri dengan yogurt
  • Roti dengan keju

Nasi dan Susu atau Hasil Tenusu

  • Nasi dengan kari yogurt pekat
  • Puding beras dibuat daripada susu

Barli dan Susu atau Hasil Tenusu

  • Sup dibuat daripada barli dan susu atau yogurt

Bijirin dan Susu

  • Oat dicampur dengan susu
2. Kumpulan 2 dan Kumpulan 3

Susu atau Hasil Tenusu dan Kekacang

  • Tosai dengan yogurt atau kari yogurt
  • Kacang dal atau kacang kuda masak dengan keju atau paneer
  • Kacang mata hitam dalam kari yogurt
  • Tosai dan dalca bersusu
3. Kumpulan 3 dan Kumpulan 4

Bijian dan Kekacang

  • Pes biji matahari ditambah kepada pes kacang merah sebagai inti roti atau kuih
  • Bijan ditambah kepada petis rojak yang mengandungi kacang tanah
4. Kumpulan 4 dan Kumpulan 1

Bijian dan Roti

  • Pes biji teratai dalam roti bun atau pastri
5. Kumpulan 1 dan Kumpulan 3

Kekacang dan Nasi

  • Tauge, tauhu, tempe atau dalca dengan nasi

Kekacang dan Roti

  • Dalca dan capati atau puri
  • Kacang panggang (‘baked beans’) dengan roti
  • Mentega kacang (‘peanut butter’) dengan roti
  • Bubur kacang hijau dengan roti bun

Kekacang dan Mee

  • Mee dengan kuah rojak
  • Bihun goreng dengan tauhu dan taucu

 

Semakan Akhir : 20 Ogos 2020
Penulis : Zarina binti Samsudin
Penyemak : Nik Mahani binti Nik Mahmood

 

Artikel Berkaitan

Penjagaan Pemakanan Pesakit Hipotiroidisme

Hipotiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid tidak aktif. Hormon tiroid yang dihasilkan terlalu sedikit dan tidak mencukupi. Risiko  penyakit hipotiroidisme adalah tinggi di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas, terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit yang sama. Rawatan gantian hormon tiroid biasanya diperlukan untuk seumur hidup.

Makanan Pelengkap

Pengenalan Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,237,002

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia