A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Diet & Penyakit
  6. /
  7. Diet untuk Diabetes Mellitus

Diet untuk Diabetes Mellitus

  1. Maklumat Pengurusan Diet
    1. Mencapai dan mengekalkan :
      1. Paras gula dalam darah berada dalam julat normal
        Puasa 4.4 –  6.1 mmol/l
        Tidak puasa 4.4 –  8.0 mmol/l
        HbA1c < 6.5 %
      2. Paras lemak dan kolesterol dalam julat normal
        Triglycerides ?1.7 mmol/L
        HDL cholesterol ? 1.1 mmol/L
        LDL cholesterol ? 2.6 mmol/L
      3. Tekanan darah  kurang atau sama 130/80 mmHg.
      4. Indeks Jisim Tubuh (IJT) antara 18.5 – 24.9kg/m².
         
    2. Mengelak atau melambatkan komplikasi diabetes dengan pengambilan ubat yang teratur, pengubahsuaian diet dan senaman.
  2. Panduan Penjagaan  Diet
    1. Karbohidrat

      Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga dan  terdapat dalam makanan yang mengandungi kanji dan gula. Kebanyakan karbohidrat terdapat dalam sumber tumbuhan (pengecualian produk tenusu).Kebanyakan karbohidrat menghasilkan glukosa yang dapat mempengaruhi paras gula darah. Makan mengikut jumlah karbohidrat dan jenis karbohidrat yang betul adalah sangat penting. Karbohidrat dapat dibahagikan kepada DUA  kumpulan seperti berikut:

      Karbohidrat Ringkas
      Makanan Yang Perlu Dielakkan
      Karbohidrat Kompleks
      Makanan Yang Boleh Dimakan Tapi Mesti Dikawal Kuantitinya
      Info :

      • Kumpulan makanan ini akan menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak.
      Info :

      • Kumpulan makanan ini dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan ke dalam salur darah.
      • Tidak menyebabkan peningkatan paras gula darah secara mendadak.
      • Pengambilan makanan dari kumpulan ini hendaklah diagihkan sepanjang hari dan bukan dimakan sekali gus dengan banyak.
      Contoh :

      • Semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula Melaka, gula batu, madu
      • Makanan dan minuman manis: minuman berkarbonat / bergas, kordial, sirap
      • Sapuan: jem, kaya, marmalad
      • Gula-gula, kuih manis, kek, coklat
      • Ais krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis
      • Pencuci mulut: buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar
      Contoh :

      1. Bijirin dan hasil bijirin
        • Nasi (beras putih/perang)/Bubur nasi
        • Roti/ ban/biskut/ kuih yang tidak manis/oat
        • Pasta/ makaroni/ spageti
        • Mi / mihun/suun/loh see fun/ kuew teow / laksa
        • Capati / roti canai / tosai/ idli
        • Tepung (atta/beras/gandum)
      2. Sayur-sayuran berkanji
        • Lobak /ubi kentang/ubi keladi/ubi kayu/sukun/jagung/labu merah/kentang putar/sengkuang cina
      3. Kacang dan kekacang
        • Kacang pis/kacang kuda/dal kuning/
        • Kacang hijau/merah/hitam
        • Papadom
        • Kacang panggang
      4. Susu
        • Susu segar/ UHT/susu rendah lemak
        • Susu tepung skim/susu tepung penuh krim/rendah lemak
        • Susu sejat cair(tanpa gula)
        • Yogurt (biasa/ rendah lemak)
      5. Buah-buahan
        • Epal / pir/oren/belimbing/pic
        • Ciku/kiwi/limau
        • Betik/nenas/tembikai/tembikai susu
        • Jambu batu/mangga
        • Pisang
        • Duku/langsat/longan/anggur
        • Prun/kurma/manggis
        • Nangka / cempedak
        • Durian
        • Rambutan/laici
        • Kismis
    2. Makanan yang boleh dimakan tanpa had adalah seperti berikut :
      • Sayuran berdaun hijau(bayam,sawi,kalian,kangkung), kacang panjang, tomato, timun,parsli dan lain-lain.
      • Semua minuman tanpa tambahan gula : teh Cina, air mineral,barli, kopi, teh.
      • Rempah ratus dan herba : serbuk cili,serbuk kari,kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia, serai, jintan, lada hitam, asam jawa, kunyit.
  3. Nutrien Lain dalam Komponen Pemakanan Seimbang
    1. Protein
      • Makan makanan protein secara sederhana 2-3 hidangan sehari.
      • Pilih makanan protein yang kurang lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit dan daging kurang lemak.
    2. Lemak
      • Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kalori serta berat badan dan berisiko tinggi mendapat penyakit jantung, tekanan darah.
      • Pengambilan lemak perlu dikurangkan terutamanya lemak tepu seperti minyak sapi, santan,krim, minyak kelapa, mentega dan mayones.
  4. Serat
    • Serat merupakan sumber tumbuhan yang susah untuk dihadamkan. Serat adalah sangat penting kerana membantu melambatkan penyerapan glukosa ke dalam salur darah. Serat juga memperlambat pengosongan perut dan mencegah sembelit. 
    • Terdapat dua jenis serat iaitu :
      1. Serat larut air : oat, kekacang, sayur–sayuran, buah-buahan.
      2. Serat tidak larut air : produk bijirin penuh, beras perang, biskut mil penuh.
  5. Produk Diabetik
    • Produk diabetik seperti jem diabetik dan coklat diabetik perlu diambil secara waspada. Kandungan produk ini masih mengandungi karbohidrat. Sila rujuk kepada Pegawai Dietetik/Pemakanan tentang pengambilan produk ini.
  6. Pemanis Tiruan
    • Pengambilan pemanis tiruan akan memberi rasa  manis dan tiada kalori. Pemanis tiruan ini tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah. Sila rujuk kepada Pegawai Dietetik/Pemakanan tentang jumlah dan jenis pemanis tiruan yang boleh diambil.
  7. Hipoglisemia
    • Hipoglisemia ialah keadaan apabila paras gula dalam darah menjadi rendah dengan bacaan 2.2 – 4.4 mmol/L. Namun begitu, paras gula dalam darah semasa hipoglisemia berbeza mengikut individu.
    • Hipoglisemia boleh terjadi disebabkan tidak mengambil makanan, senaman terlalu lama, mengambil alkohol berlebihan dan insulin berlebihan.
    • Tanda-tanda hipoglisemia adalah seperti berpeluh, menggigil, pening,lapar, denyutan nadi cepat,pandangan kabur, cepat marah.
    • Langkah-langkah penjagaan pemakanan sewaktu hipoglisemia:
      1. Periksa paras gula dalam darah secepat mungkin.
      2. Jika paras gula dalam darah rendah, sila ambil salah satu makanan berikut :
        Jenis makanan Sukatan
        Gula pasir 1 sudu makan
        Madu 2 sudu makan
        Minuman kotak / jus buah yang dimaniskan ½ kotak  (125 ml)
        Gula – gula 3 biji
      3. Periksa semula paras gula dalam darah selepas 15 minit. Jika paras gula dalam darah masih rendah, makan salah satu makanan (mengikut sukatan) di atas. Anda digalakkan mengambil hidangan makanan utama secepat mungkin.
      4. Periksa semula paras gula dalam darah selepas 1 jam.
    • Untuk mengelakkan hipoglisemia, pesakit diabetes perlu mengamalkan waktu makan yang teratur serta pengambilan karbohidrat yang konsisten.
Semakan akhir : 14 November 2011
Penulis : Norizan Mashttah bt. Mardan
    Mahnon Suria bt. Mokhy
    Siti Farrah Zaidah bt. Mohd Yazid
    Junidah bt. Raib

 

Artikel Berkaitan

Pemakanan Pesakit Strok Di Rumah

Kejadian strok meningkat dengan faktor umur dan sejumlah 75% daripada pesakit yang mengalami strok adalah mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun.

Penjagaan Pemakanan Pesakit Hipotiroidisme

Hipotiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid tidak aktif. Hormon tiroid yang dihasilkan terlalu sedikit dan tidak mencukupi. Risiko  penyakit hipotiroidisme adalah tinggi di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas, terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit yang sama. Rawatan gantian hormon tiroid biasanya diperlukan untuk seumur hidup.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,226,123

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia