Home > Pemakanan > Diet & Penyakit > Diet Bagi Pesakit Jaundis

Diet Bagi Pesakit Jaundis

Hati yang bermasalah kesihatan menjadi seperti “Hati Goreng Kunyit” ?

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit hati – “hati goreng kunyit”? “Hati goreng kunyit” yang dimaksudkan adalah penyakit kuning iaitu inflamasi pada hati atau pundi hempedu dan menimbulkan gejala yang dipanggil jaundis (berwarna kuning).

Jaundis bukan sejenis penyakit. Ia adalah masalah yang berkaitan dengan hati atau pundi hempedu.

Jaundis disebabkan oleh jumlah bilirubin yang berlebihan di dalam tisu lemak di bawah kulit. Bilirubin adalah bahan di dalam hemoglobin. Apabila sel darah merah pecah, badan akan menghasilkan sel darah merah yang baru. Sekiranya hati tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang baru, maka bilirubin akan dihasilkan dengan banyak dan menyebabkan badan dan kulit berwarna kuning.

 

Punca Jaundis

Jaundis dalam kalangan bayi adalah perkara biasa. Ini disebabkan oleh hati bayi yang belum matang. Kadangkala masalah ini boleh menjadi teruk disebabkan oleh penghasilan bilirubin yang berlebihan. Seterusnya, boleh menyebabkan kerosakan otak jika tidak dirawat. Oleh itu, bayi yang mengalami jaundis memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi.

 

Tanda-tanda Berlakunya Jaundis

Tanda-tanda jaundis bergantung kepada tahap penyakit tersebut. Tanda yang biasa dapat dilihat adalah seperti berikut :

Sekiranya tahap jaundis menjadi lebih teruk, tanda-tanda tersebut adalah :

  • Loya dan muntah
  • Kesakitan pada abdomen
  • Demam
  • Keletihan
  • Hilang selera makan
  • Sakit kepala
  • Kecelaruan
  • Bengkak pada abdomen (Ascites).
*Terjemahan : Terjadinya kekuningan akibat daripada pengumpulan bilirubin di dalam kulit, selalunya disebabkan oleh kerosakan hati dan pundi hempedu.

Rajah 1 : Perbezaan individu normal dengan individu jaundis.

 

Penjagaan Pemakanan Pesakit Jaundis

 

Senarai Makanan Yang Dibenarkan dan Yang Perlu Dielakkan Untuk Pesakit Jaundis

Kumpulan makanan Saranan hidangan Makanan yang DIBENARKAN Makanan yang perlu DIELAKKAN
Karbohidrat
  • 50 – 60% daripada keperluan sehari
  • 6 – 8 hidangan sehari
  • 1 hidangan = ½ cawan nasi / 1 keping roti / 3 sudu makan oat.
  • Digalakkan karbohidrat kompleks tinggi serat
  • Contoh : Beras perang, roti bijirin penuh, oat, capati dan produk lain yang tinggi serat.
  • Tiada
Protein
  • 15% daripada keperluan sehari
  • 2 – 3 hidangan sehari
  • 1 hidangan = 1 kotak mancis daging / 1 ekor sederhana ikan / 1 ketul ayam bahagian.
  • Digalakkan mengambil ikan seperti ikan kembong, tenggiri, kurau, siakap dan keli  (tinggi kandungan omega 3)
  • Pengambilan protein yang lebih untuk memperbaiki tisu hati yang rosak dan sistem pertahanan badan.
  • Telur goreng
  • Kulit ayam, kaki ayam, kepak ayam dan bahagian lemak lain
  • Hadkan pengambilan telur kuning 2 biji seminggu.
Sayur-sayuran
  • 3 hidangan sehari
  • 1 hidangan = ½ cawan sayur-sayuran berdaun (dimasak).
  • Pengambilan serat perlu ditingkatkan secara perlahan.
  • Hadkan pengambilan masakan sayur bergoreng.
Buah-buahan
  • 2 hidangan sehari
  • 1 hidangan = 1 biji sederhana (buah epal, limau, lai), 1 potong (tembikai, betik, nenas).
  • Digalakkan mengambil jus buah-buahan (ia termasuk 2 hidangan sehari).
  •  Tiada.
Produk Tenusu
  • 1-2 hidangan sehari
  • 1 hidangan = 1 gelas susu, 2 keping keju, 4 sudu membumbung susu tepung.
  • Digalakkan mengambil produk rendah lemak atau skim.
  • Susu pekat manis, krimer, susu isian sejat, susu penuh krim.
Lemak dan Minyak
  • Kurang 25% daripada keperluan sehari
  • 1 hidangan = 1 sudu teh minyak masak,  1 sudu teh mayonis, 1 sudu teh marjerin.
  • Lebihkan masakan seperti panggang, bakar, sup dan stim untuk mengurangkan penggunaan minyak
  • Digalakkan minyak soya, bunga matahari, jagung (hanya sesuai untuk menumis).
  • Hadkan santan kelapa 2 sudu makan seminggu
  • Hadkan makanan bergoreng dan berminyak
  • Elakkan minyak sapi, mentega, mentega kacang.
Garam dan Gula
  • Diambil secara sedikit
  • 1 hidangan garam = 1 sudu teh
  • 1 hidangan gula = 1 sudu teh.
  • Pengambilan garam bergantung kepada tahap ‘ascites’
  • Pilih makanan yang kurang gula dan garam (less sugar dan low sodium).
Hadkan makanan manis seperti kek, madu, coklat, krim.
Air
  • 2-3 liter sehari
  • 8 gelas sehari.
  • Minum air kosong yang mencukupi.
  • Hadkan minuman kafein (teh, kopi dan kola) dan alkohol.
 

Bagaimana Jika Penghidap Jaundis Tiada Selera Makan ?

Selera makan bagi penghidap jaundis adalah berubah-ubah mengikut keadaan penghidap jaundis.  Bantuan pemakanan tambahan (oral nutrition supplement) diperlukan untuk meningkatkan pengambilan tenaga dan protein. Ia juga dapat menggantikan makanan yang kurang diambil oleh penghidap jaundis.

Jenis oral nutrition supplement ini akan disarankan oleh Pegawai Dietetik mengikut keadaan dan masalah yang dihadapi penghidap jaundis. Sila dapatkan nasihat daripada Pakar Perubatan dan Pegawai Dietetik bagi bantuan masalah yang dihadapi.

 

Kesimpulan

Penjagaan pemakanan untuk penghidap jaundis adalah bergantung kepada keadaan tahap keterukan individu tersebut.  Penghidap perlu mendapatkan nasihat daripada Pakar Perubatan dan Pegawai Dietetik untuk membantu masalah yang dihadapi.

 

 

Rujukan

  1. Diet Restrictions in Jaundice. Melalui internet: http://www.livestrong.com/article/454027-diet-restrictions-with-jaundice/
  2. Food and Jaundice. Melalui internet: http://www.thechefonline.com/food_health/jaundice_food_basic_step.php
  3. Jaundice Diet Treatment. Melalui internet:  http://www.diethealthclub.com/health-issues-and-diet/jaundice/diet.html
  4. Medical Nutrition Therapy Guidelines for Hyperlipidemia. Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Malaysian Dietitians’ Association dan Persatuan Diabetes Malaysia.
  5. Rajah 1 : Perbezaan individu normal denga jaundis.  Melalui internet : http://www.healthkart.com/resources/deal-jaundice-symptoms/

 

Semakan Akhir : 16 Januari 2017
Penulis : Pn. Faulina binti Khamisan
Akreditor : Pn. Harizah binti Mohd Yaacob