Home > Pemakanan > Diet & Penyakit > Diet Pesakit Diabetes Semasa Berpuasa

Diet Pesakit Diabetes Semasa Berpuasa

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah merupakan satu kewajipan kepada semua umat Islam yang cukup umur serta berkemampuan. Berpuasa adalah selamat bagi pesakit diabetes dengan paras glukosa darah yang terkawal. Dapatkan nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik sebelum berpuasa.

Panduan pemakanan semasa berpuasa :

  1. Bersahur adalah satu keperluan. Pastikan bersahur di hujung waktu menghampiri imsak.
  2. Pastikan pengambilan makanan seimbang yang merangkumi semua kumpulan makanan pada waktu sahur dan berbuka. Ambil makanan mengikut saiz hidangan yang disarankan dengan jumlah karbohidrat yang betul. Dapatkan nasihat pegawai Dietetik untuk saranan saiz hidangan dan jumlah karbohidrat yang sesuai.
  3. Elakkan pengambilan makanan tinggi gula semasa berbuka puasa.
  4. Ambil snek yang sihat waktu minum malam (selepas tarawih).
  5. Pengambilan cecair perlu mencukupi. Pastikan pengambilan 8 gelas air kosong sehari.
  6. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol atau lemak semasa berbuka puasa atau sahur.
  7. Hadkan pengambilan makanan tinggi garam untuk mengurangkan risiko dehidrasi.
  8. Amalkan mengambil ubat atau insulin yang disesuaikan mengikut waktu makan semasa berpuasa mengikut arahan doktor.

Contoh menu semasa berpuasa :

Waktu makan
(tidak berpuasa)
Waktu makan
(berpuasa)
Contoh Menu
Sarapan pagi Berbuka puasa (7:30 malam) 2 biji kurma / 1 potong buah
+ 1 keping kuih (kurang manis)
+ 1 gelas susu (utamakan susu rendah lemak / susu skim)
Makan tengah hari Selepas solat maghrib
(8:00 malam)
1 ½ cawan nasi / mi / mihun
+ 1 ketul ayam / ikan / daging / telur / tauhu @kombinasi
+ 1 cawan sayur berdaun hijau
+ Air kosong
Minum petang Selepas tarawih /minum malam
(10:30 malam)
1 senduk mi / pasta / 3 keping biskut krim kraker / 1 keping roti wholegrain
+ 1 gelas susu (susu rendah lemak / susu skim)
Makan malam Sahur  (5:00 pagi) 1 ½ cawan nasi / mi / mihun / pasta
+ 1 ketul ayam / ikan / daging / telur / tauhu @kombinasi
+ 1 cawan sayur berdaun hijau
+ 1 potong buah
+ Air kosong
Semakan akhir : 22 Ogos 2019
Penulis : Nora Nurlinda binti Zakaria
Akreditor : Nurul Huda binti Ibrahim
Penyemak : Nik Mahani binti Nik Mahmood