A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Diet dan Warfarin

Penjagaan Makanan Untuk Pesakit Yang Mengambil Warfarin

Apa Itu Warfarin?

Warfarin ialah UBAT yang digunakan untuk mencegah pembekuan darah. Ia digunakan untuk:

  1. mengurangkan risiko pembekuan darah dalam saluran darah, atau
  2. menghentikan pertambahan saiz darah beku yang telah terbentuk.

Kenapa Darah Beku Berbahaya?

  1. Menghalang pengaliran darah
  2. Darah beku akan mengakibatkan risiko lain seperti serangan jantung, strok dan sebagainya.

Penyakit yang berisiko tinggi adalah:

  1. Atrial fibrillation (Denyutan jantung yang tidak seragam)
  2. Pulmonary embolism (darah beku di paru-paru)
  3. Deep vein thrombosis (darah beku di saluran darah)
  4. Prosthetic heart valve ( Injap jantung tiruan ) :
    1. Mekanikal
    2. Bioprostetik (sumber semula jadi)

Warfarin dan INR

INR adalah singkatan daripada International Normalized Ratio.

  1. INR akan memberikan maklumat mengenai status kelikatan darah sama ada “pekat” atau “cair” kepada pesakit.
  2. Doktor akan menentukan dos warfarin yang bersesuaian bergantung kepada bacaan INR.

inr-test

Gambar 1: Ujian INR (Sumber : www.thrombocyte.com)

Interaksi Warfarin dan Vitamin K

Warfarin berfungsi untuk mencegah pembekuan darah manakala vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah.

Memakan makanan yang mengandungi vitamin K yang tinggi dan berlebihan boleh mengurangkan kesan ubat warfarin.

Ambil warfarin dengan segelas air. Selain itu, ambil warfarin pada masa yang sama setiap hari.

Tips Diet Vitamin K

  1. Pesakit yang kebiasaannya memang tidak mengambil makanan yang tinggi vitamin K iaitu sayur-sayuran hijau untuk tempoh yang lama perlu mengelakkan sayur-sayuran hijau atau sayur yang mengandungi vitamin K yang tinggi. Sebaliknya, pesakit perlu juga menghadkan sayur-sayuran putih atau sayur-sayuran yang rendah kandungan vitamin K semasa mengambil ubat warfarin.
  2. Bagi pesakit yang biasanya gemar mengambil sayur-sayuran yang tinggi vitamin K, pengambilan perlu dihadkan kepada setengah cawan untuk sekali sehari sahaja dalam tempoh pengambilan warfarin.
  3. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan vitamin K perlulah dilakukan secara konsisten setiap hari untuk membantu dalam kawalan bacaan INR.
  4. Sebarang perubahan besar mengenai pengambilan vitamin K perlu dimaklumkan kepada Doktor dan Pegawai Dietetik anda.

Contoh Makanan Dengan Kandungan Vitamin K Yang Tinggi

(Cadangan: Diambil tidak melebihi 1 hidangan setiap hari)

brokoli-vitamin-k bayam-vitamin-k salad daun-bawang
Brokoli (mentah)
½ cawan
Bayam (mentah)
½ cawan
Daun salad (mentah)
½ cawan
Daun bawang (mentah)
½ cawan
kailan-vitamin-k daun-kucai kacang-soya-vitamin-k sawi-hijau
Kailan (mentah)
½ cawan
Daun kucai (mentah)
½ cawan
Kacang soya (mentah)
½ cawan
Sawi hijau (mentah)
½ cawan
hati-lembu daun-pasli daun-ketumbar daun-selada-air
Hati lembu (mentah)
½ cawan
Daun pasli (mentah)
½ cawan
Daun ketumbar (mentah)
½ cawan
Daun selada air (watercress)
(mentah)
½ cawan

Gambar 2: Contoh makanan tinggi vitamin K.
Contoh makanan yang mengandungi vitamin K yang rendah:

buku-rawatan-antikogulasi-warfarin_page_11

Gambar 3: Makanan rendah vitamin K.
(Sumber : Buku Rawatan Antikoagulasi (Warfarin), Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia).

Herba dan Makanan Lain

Pengambilan ubat-ubat tradisional/herba dikhuatiri akan memberi kesan dan bertindak balas dengan warfarin. Justeru, anda disaran untuk TIDAK MENGAMBIL segala produk terbabit. Perbincangan dengan Doktor anda adalah PENTING.

Produk herba / Suplemen Contoh
Makanan herba
  • Gingko Biloba
  • St. John’s wort
  • Wheat grass
  • Alfafa tablets
  • Danshen
  • Dong Quai
  • Cranberry
  • Celery
  • Bilberry
  • Ginseng
Teh herba
  • Sweet clover
  • Woodruff
  • Teh hijau
Makanan tambahan / suplemen
  • Evening Primrose
  • Coenzyme Q10
  • Vitamin C
  • Vitamin K
  • Minyak ikan
  • Pil bawang putih
  • Vitamin A
  • Vitamin E

Pengambilan Alkohol

Pengambilan alkohol untuk mereka yang bukan muslim dan mengambil warfarin perlulah dihadkan kepada tidak lebih 2 unit minuman sehari.

Jenis Alkohol Kuantiti
(saiz 1 unit / 1 hidangan)
 Beer 12 oz (360 ml)
 Wine 5 oz (150 ml) 
 Sherry / Port 2 oz (60 ml)
 Liquor 1 ½ oz (45 ml)
 Spirit 1 oz (30 ml)

standarddrink-of-alcohol

Gambar 4: 1 unit / 1 hidangan jenis-jenis alkohol (Sumber : www.besthealthmag.ca)

PERHATIAN: Bir beralkohol tinggi dan minuman sejuk bercampur alkohol mengandungi lebih alkohol daripada 1 hidangan standard.

Rujukan

  1. Buku Warfarin, Panduan Untuk Pesakit, Hospital Kuala Lumpur.
  2. Diet and medicines with warfarin (Coumadin), JADA 2009.
  3. Diet and warfarin education update, 2008.
  4. www.alcohol.org.nz
  5. www.mayoclinic.com
  6. www.precisionnutrition.com
  7. www.usda.gov
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Siti Asilah binti Yusof
Akreditor : Siti Mariam binti Tukimin
Penyemak : Nik Mahani binti Nik Mahmood

Artikel Berkaitan

Pengurusan Diet Kanak-kanak Talasemia

Kanak-kanak Talasemia Major yang menjalani pemindahan darah secara tetap dan kerap disarankan untuk mengamalkan diet rendah zat besi bagi mengurangkan pengumpulan zat besi di dalam badan.
Kanak-kanak Talasemia Minor tiada pengehadan zat besi yang disarankan. Mereka digalakkan makan secara seimbang bagi memenuhi keperluan tenaga, protein, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi mengikut usia.

Omega-3 Laut Dalam

Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,265,494

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia