A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Di mana Boleh Saya Dapatkan Bantuan?

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan program khas untuk warga emas semenjak dari tahun 1996. Matlamat program ini adalah untuk mencapai tahap kesihatan yang optima bagi warga emas melalui perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan program khas untuk warga emas semenjak dari tahun 1996. Matlamat program ini adalah untuk mencapai tahap kesihatan yang optima bagi warga emas melalui perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya yang menyeluruh serta bersepadu iaitu sejajar dengan Dasar Kesihatan Warga Emas Negara (http://fh.moh.gov.my/v3/index.php/kesihatan-keluarga/finish/10-unit-kesihatan-warga-emas/30-dasar-kesihatan-warga-emas-negara) yang menyatakan “untuk memastikan penuaan yang sihat, aktif dan produktif dengan memperkasa warga emas, keluarga dan komuniti dengan pengetahuan, kemahiran dan persekitaran yang sewajarnya; serta penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang optimum di semua peringkat dan oleh pelbagai sektor”.

Objektif program ini adalah:

  • Untuk mempertingkat taraf kesihatan warga emas.
  • Untuk menggalakkan penyertaan warga emas dalam aktiviti promosi kesihatan dan pencegahan penyakit sepanjang hayat.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mesra umur, berkemampuan daripada segi kos, saksama, mudah diperolehi, diterima amalan budaya, tidak mendiskriminasikan jantina dan mempunyai sistem berkesinambungan, serta diberi secara holistik di semua peringkat.
  • Untuk advokasi dan menyokong pewujudan persekitaran yang membolehkan hidup berdikari (penuaan di persekitaran yang sama).

Aktiviti (Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan):

Perkhidmatan perubatan (perkhidmatan di hospital):

Berikut adalah perkhidmatan yang boleh diperolehi di hospital untuk warga emas:

  1. Penjagaan akut
  2. Penjagaan jangka panjang
  3. Perancangan penjagaan selepas keluar dari hospital
  4. Perkhidmatan kesihatan mental
  5. Perkhidmatan Fisioterapi
  6. Perkhidmatan pemulihan carakerja
  7. Farmasi klinikal
  8. Kaunseling
  9. Kebajikan perubatan

Perkhidmatan kesihatan (perkhidmatan di klinik kesihatan / komuniti):

Perkhidmatan yang dijalankan di klinik kesihatan untuk warga emas adalah:

  1. Promosi dan pendidikan kesihatan.
  2. Saringan dan penilaian kesihatan.
  3. Pemeriksaan perubatan, kaunseling, rawatan dan rujukan.
  4. Lawatan dan perawatan di rumah.
  5. Rawatan pemulihan (pemulihan anggota dan carakerja).
  6. Aktiviti rekreasi, sosial dan kebajikan.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan, sila hadir atau hubungi klinik kesihatan yang berhampiran dengan anda untuk mendapatkan bantuan / maklumat lanjut.

Anda juga boleh melayari laman sesawang berikut jika anda ingin mendapat maklumat lanjut atau bantuan:

Dementia / Penyakit Alzheimer’s:

Alzheimer’s Disease Foundation (Malaysia):

Penyakit Alzheimer’s merupakan jenis penyakit dementia (nyanyuk) yang kerap dilihat. Ia bukanlah  proses normal penuaan, tetapi merupakan masalah kehilangan/kerosakan sel-sel otak secara progresif.  Oleh kerana sel-sel ini berperanan penting dalam proses memikir, maka daya ingatan serta fungsi lain otak seseorang pengidap Penyakit Alzheimer’s akan merosot dan ini akan menjejaskan aktiviti kehidupan seharian mereka.

http://www.adfm.org.my/Home/foundation

Strok (angin ahmar):

National Stroke Association of Malaysia (NASAM):

Misi NASAM adalah untuk memaklumkan kepada orang awam bahawa masih terdapat “kehidupan” selepas serangan strok sekiranya aktiviti rehabilitasi (pemulihan) dilaksanakan dengan sempurna. NASAM juga mempromosikan konsep pencegahan serangan strok.

http://www.nasam.org/index.htm

Diabetes Mellitus:

Persatuan Diabetes Malaysia (Malaysian Diabetes Association):

Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) juga memberi sokongan kepada pesakit dan juga keluarga mereka. Persatuan ini menyalurkan maklumat yang amat berguna dan praktikal mengenai kaedah-kaedah pengendalian diabetes dan komplikasinya. Laman sesawang ini juga bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran dan membetulkan salah faham di kalangan orang awam mengenai diabetes serta menjelaskan cara-cara pencegahan.

http://www.diabetes.org.my/

Hipertensi (tekanan darah tinggi):

Persatuan Hipertensi Malaysia (Malaysia Society of Hypertension, MSH):

Persatuan Hipertensi Malaysia secara rasminya didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1993. Matlamat utama persatuan ini adalah untuk menggalakkan pendidikan mengenai hipertensi kepada orang awam, membantu dalam mengoptimumkan kawalan hipertensi dan menggalakkan kajian-kajian serta penulisan ke arah pengendalian yang lebih baik terhadap penyakit hipertensi.

http://www.msh.my/

Bantuan kebajikan:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia:

http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=28&lang=ms

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Mohmad bin Salleh
Akreditor : Dr. Cheah Wee Kooi
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Program Senaman

Pengetahuan lanjut tentang Kecergasan dan Senaman. Empat komponen kecergasan fizikal:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 721,421,548

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia