A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Dengkur

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Dengkur adalah bunyi yang terhasil akibat getaran tisu lembut dibelakang hidung dan kerongkong. Ia berlaku apabila aliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit.
Berdengkur boleh mengganggu tidur  dan
menjejaskan kesihatan.

Bagaimana Dengkur Terjadi

Ketika tidur, otot pada lelangit mulut ,lidah dan kerongkong  akan berada dalam keadaan rehat.
Ini menyebabkan laluan udara menjadi sempit.

Semakin sempit laluan udara ini maka semakin tinggilah  getaran pada tisu lembut dan ini menyebabkan dengkuran semakin kuat

Faktor risiko yang boleh menyebabkan dengkur

  1. tonsil dan  kelenjar adenoid yang bengkak
  2. berat badan berlebihan boleh menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan di kawasan leher menyempitkan saluran pernafasan
  3. pengambilan alkohol menyebabkan otot dikerongkong berada dalam keadaan rehat dan menyempitkan saluran pernafasan
  4. masalah pada hidung seperti septum hidung yang tidak lurus/senget dan masalah hidung tersumbat yang kronik

Komplikasi :

Berdengkur boleh menganggu tidur dan menyebabkan rasa mengantuk pada siang hari dan kesukaran menumpukan perhatian.

Ia juga boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan masalah tingkahlaku  terutama pada kanak-kanak.

D
Dengkur
Diabetes dan Anda

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,101,854

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia