Home > Laman Utama > Demam scarlet landa Hong Kong

Demam scarlet landa Hong Kong

Berita Harian

Selasa, 28/06/2011

Demam scarlet landa Hong Kong

HONG KONG: Hong Kong kini dilanda bakteria tahan ubat yang tiada sejak menyerang banyak negara maju beberapa abad lalu iaitu demam scarlet menyebabkan dua kanak-kanak maut setakat ini, seorang daripadanya di China, dengan bilangan kes mencapai 500.

Virus bakteria penyebab demam scarlet juga disyaki sudah berubah atau melalui proses mutasi. Kemungkinan besar mutasi virus berlaku dan boleh berjangkit menyebabkan pegawai kesihatan pulau selatan China itu mengeluarkan amaran supaya tujuh juta penduduknya lebih sensitif terhadap apa jua penyakit berjangkit.

Pakar memberi amaran virus utama bakteria itu mudah berjangkit. Ia juga memiliki daya tahan ubat sehingga 60 peratus khususnya dua ubat yang biasa diberi kepada pesakit selain paras ketahanan sehingga 10 hingga 30 peratus lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Penyakit itu menyebabkan kanak-kanak demam, sakit tekak, lidah menjadi merah terang dan adanya ruam kecil.

Penisilin masih boleh mengubatinya tetapi doktor bimbang kuman itu mampu bertahan dan berubah menjadi lebih kuat daripada antibiotik sebelum vaksin ditemui.

“Ini punca banyak mimpi ngeri,” Dr. Edward Kaplan yang mengetuai pusat penyelidikan kuman ‘strep’ (streptococcus) yang menyebabkan demam scarlet Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang mati bulan lalu menjadi mangsa pertama yang direkodkan akibat demam scarlet di Hong Kong dalam tempoh 10 tahun, sementara kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menemui ajal Selasa lalu.

Kedua-dua mangsa menjadi kritikal dengan cepat di hospital dan kematian berpunca daripada sindrom kejutan toksik akibat jangkitan.

– AP

 

  {module berita:news}