A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Demam Panas: Rawatan Awal

Demam Panas: Rawatan Awal

Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan anda. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi.

Pengenalan

Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan anda. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi.

Untuk kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan umum.

Suatu penyakit ringan boleh menyebabkan demam yang tinggi, dan penyakit yang lebih serius boleh menyebabkan demam yang rendah. Biasanya demam akan hilang dalam masa beberapa hari. Beberapa ubat-ubatan di kaunter boleh merendahkan suhu demam, tetapi kadang-kadang ia lebih baik tidak di rawat. Demam memainkan peranan penting dalam membantu badan anda melawan beberapa jangkitan.

Punca

Suhu normal tubuh anda berbeza-beza sepanjang hari . Ia lebih rendah daripada waktu pagi dan lebih tinggi pada lewat petang dan malam. Malah, suhu biasa anda boleh berkisar kira-kira 97°F (36.1°C) dan 99°F (37.2°C). Walaupun kebanyakan orang menganggap 98.6°F (37°C) biasa, suhu badan anda mungkin berbeza-beza. Faktor-faktor lain, seperti kitaran haid anda atau senaman berat, boleh memberi kesan kepada suhu badan anda dan juga disebabkan beberapa faktor berikut:

  • Virus
  • Jangkitan bakteria
  • Strok haba
  • Selaran matahari yang melampau
  • Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi (synovium)
  • Tumor malignan
  • Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
  • Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal.

Klasifikasi

  1. Suhu badan mempunyai julat yang besar.
    Demam biasanya diakui sekiranya

    • Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5 – 38.3 °C (100–101 °F)
    • Suhu pada mulut (“oral”) adalah pada melebihi 37.2°C
    • Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi 37.2 °C (99.0 °F)

    Bagi orang dewasa yang sihat, julat bagi suhu mulut adalah 33.2 – 38.2 °C (92 – 101 °F), bagi dubur adalah 34.4 – 37.8 °C (94 – 100 °F), bagi selaput tympanik adalah 35.4 – 37.8 °C (96 – 100 °F) dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5 – 37.0 °C (96 – 99 °F).5
    Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki keupayaan yang kurang bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga menunjukkanpenyakit umum yang serius.

  2. Hiperpyrexia
    Hiperpyrexia merupakan demam dengan suhu badan amat tinggi sama ada atau melebihi 41.5 °C (106.7 °F). Suhu tinggi sedemikian di anggap kecemasan perubatan kerana ia mungkin menunjukkan keadaan sebenar yang serius atau membawa kepada kesan sampingan yang besar.
    Punca biasa adalah pendarahan otak (intracranial hemorrhage). Punca lain mungkin akibat sepsis, sindrom Kawasaki , sindrom maligan neuroleptik, kesan dadah, sindrom serotonin, dan jangkitan tiroid. Jangkitan merupakan punca biasa demam panas yang suhunya tinggi. Jangkitan yang dikaitkan dengan hiperpyrexia termasuk: roseola, rubeola dan jangkitan enteroviral.
    Penyejukan agresif segera dengan suhu < 38.9 °C (102.0 °F) di dapati meningkatkan peluang terselamat. Hiperpyrexia berbeza dari hiperthermia daripada segi bagaimana suhu panas itu terjadi.
  3. Hiperthermia
    Hiperthermia berpunca daripada beberapa sebab termasuk heatstroke, sindrom maligan neuroleptik, hyperthermia maligan, perangsang seperti amphetamine dan kokain, tindak balas dadah idiosyncratic, dan sindrom serotonin.

Tanda / Gejala

Anda demam apabila suhu badan anda meningkat melebihi julat normal. Apa yang normal bagi anda boleh menjadi sedikit lebih tinggi atau lebih rendah daripada suhu normal purata 98.6 F (37°C). Bergantung kepada apa yang menyebabkan demam anda, tanda-tanda demam tambahan dan gejala-gejala termasuk:

  • Berpeluh
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Hilang selera makan
  • Dehidrasi
  • Lemah anggota badan
  • Demam yang tinggi antara 103°F (39.4°C) dan 106°F (41.1°C) boleh menyebabkan:
      • halusinasi
      • kekeliruan
      • mudah marah
      • sawan
      • dehidrasi

Komplikasi

Komplikasi demam mungkin termasuk :

  • Dehidrasi yang teruk
  • Halusinasi
  • Sawan demam
  • awan demam biasanya melibatkan hilang sedar dan kaku anggota badan. Walaupun membimbangkan untuk ibu bapa, majoriti sawan demam tidak menyebabkan kesan berkekalan.

Jika sawan berlaku:

  1. Posisikan anak anda mengiring atau terlentang di atas lantai atau tanah
  2. Jauhkan apa-apa objek bahaya yang berhampiran anak anda bagi mengelakkan kecederaan
  3. Longgarkan bahagian baju yang ketat
  4. Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut anak anda atau cuba untuk menghentikan sawan itu
  5. Kebanyakan sawan akan berhenti sendiri. Bawa anak anda berjumpa doktor secepat mungkin bagi menentukan punca demam
  6. Memanggil bantuan perubatan kecemasan jika sawan berlaku lebih dari 5 minit

Rawatan di tempat kejadian

Demam adalah sebahagian daripada pertahanan badan terhadap jangkitan. Walaupun demam bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40 º C (104 º F), ia boleh menjadi sangat berbahaya. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan demam, tidak ada pilihan selain merawatnya di rumah. Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya.

  1. Mandi. Jika anda ingin merawat demam anda, rendamkan diri dalam tab mandi yang penuh dengan air sejuk. Air itu akan membantu menyejukkan kulit serta dapat menurunkan suhu badan.
  2. Lapkan badan. Jika anda tidak berkeinginan untuk mandi, anda boleh menggunakan tuala lembap. Rendamkan tuala kecil dalam air sejuk dan sapukan ke seluruh badan atau letak kain di dahi anda untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh demam.
  3. Menurunkan suhu bilik. Mengurangkan suhu bilik mungkin boleh membuatkan anda berasa lebih selesa dan juga membantu untuk mengurangkan suhu badan anda.
  4. Keluarkan lapisan pakaian. Gabungan lapisan pakaian dan selimut memerangkap haba, menjadikan demam bertahan lebih lama daripada biasa. Pakai hanya beberapa lapisan pakaian dan hanya menggunakan selimut untuk tempoh seram sejuk.

    Dapatkan banyak rehat. Badan anda adalah memerangi penyakit dan memerlukan banyak tenaga untuk pulih dengan sendirinya. menghadkan aktiviti dan berehat sebanyak mungkin.

    Kekal terhidrat. Badan anda memerlukan banyak cecair untuk melawan penyakit di dalam badan anda, terutamanya jika anda berpuasa. Minum air dengan kerap sepanjang hari.

Rawatan Di Hospital

  1. Posisikan pesakit, beri oksigen jikalau perlu dan lakukan sponging jika suhu badan mendadak naik atau panas.
  2. Mengambil vital sign pesakit seperti tekanan darah, denyutan nadi,suhu badan,dan kadar pernafasan setiap minit.
  3. Set branula pada kedua belah tangan untuk memberi ubatan dan rujukan ke hospital yang terdekat

Pencegahan

  • Cara terbaik untuk mencegah demam adalah untuk mengurangkan pendedahan anda kepada penyakit berjangkit. Salah satu cara yang paling berkesan untuk melakukannya adalah juga merupakan salah satu cara yang paling mudah iaitu kerap mencuci tangan dengan bersih.
  • Mengajar anak-anak anda untuk membasuh tangan mereka kerap, terutamanya sebelum mereka makan, selepas menggunakan tandas, selepas menghabiskan masa di khalayak ramai atau bermain di luar rumah
  • Menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk membasuh tangan mereka dengan cara yang betul yang meliputi kedua-dua depan dan belakang setiap tangan dengan sabun.

Rujukan

  1. Xelrod, Y.K., Diringer, M.N. (2008). “Temperature management in acute neurologic disorders. Neurol Clin, 26(2), 585–603.
  2. Barone, J.E. (2009). Fever: Fact and fiction. J Trauma, 67(2), 406–9.
  3. Craven, R & Hirnle, C. (2006). Fundamentals of nursing: Human health and function (4th ed). Philadelphia, PL: Lippincott Williams & Wilkins.
  4. Karakitsos, D., & Karabinis, A. (2008). Hypothermia therapy after traumatic brain injury in children. N. Engl. J. Med. 359(11).
  5. Loscalzo, J., Fauci, A.S., Braunwald, E., Dennis K. L., Hauser, S.L., & Longo, D. L. (2008). Fever versus hyperthermia. Harrison’s principles of internal medicine (Chapter 17) . McGraw-Hill Medical.
  6. Marx, J., Hockberger, R., & Walls, R. (2006).  Rosen’s emergency medicine: concepts and clinical practice. Mosby& Elsevier.
  7. Rhoades, R., & Pflanzer, R. (2003). Regulation of body temperature. Human physiology (3rd ed., p. 820 ).
  8. How to cure fever at home. (n.d.). Diambil dari http://www.wikihow.com/Cure-a-Fever-at-Home
  9. Fever. (n.d). Diambil dari http://umm.edu/health/medical/ency/articles/fever
  10. Fever causes. (n.d) http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/fever/basics/causes/con-20019229
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Mohd. Yusuff Ibrahim
Akreditor : Mahadir bin Yunos
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Pengsan (Syncope): Rawatan Awal

Pengsan atau syncope terjadi apabila seseorang itu hilang kesedaran tahap separa atau penuh disebabkan oleh penyusutan sementara bekalan darah beroksigen ke otak.

Diserang Lintah dan Pacat : Rawatan Awal

Lazimnya lintah dan pacat yang melekap atau menggigit anggota tubuh kita akan terus melekap sehinggalah darah yang dihisap memenuhi kantung tubuhnya. Namun, keadaan yang lebih membimbangkan sekiranya lintah dan pacat memasuki rongga tubuh termasuklah melalui bahagian kemaluan serta dubur.

Pendarahan Telinga

Pendarahan telinga adalah lelehan yang keluar dari telinga yang mengandungi darah akibat daripada kecederaan ataupun jangkitan kuman.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,237,262

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia