A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Download:

{showhide title=”TRANSKIPSI” template=”strong,arrow-blue” changetitle=”CLICK HERE TO CLOSE…” mousetitleistitle=true closeonclick=true titleasspan=true}

Transkipsi

(pengakuan) -Pertama
“Saya mula terlibat dalam gejala dadah ini adalaah kerana saya tertipu oleh kawan saya sendiri . Dan saya mencuba hari ke hari dan saya rasa seronok, tiap hari saya cuba cuba dan saya tak boleh nak tinggalkan ”

(Pengakuan_Kedua
“Ada Kawan bawak ganja campur dengan rokok dan masa tu lah saya terjebak hisap ganja”

Ini adalah antara pengakuan bekas penagih bagaimana mereka boleh terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Seorang  penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Dialog (Penagih)    : Mana barang aku nak tu
(Pengedar) : Banyak cakap mana duit-duit cepat !

Penyalahgunaan dadah boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial

Dadah merupakan bahan kimia psikoaktif sama ada yang asli atau yang tiruan. Ia digunakan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan,pemikiran atau kelakuan seseorang.

Tanda-tanda penagihan dadah boleh dilihat daripada kemorosotan prestasi seseorang dalam pelajaran atau kerja kerana melayan keinginan terhadap dadah.

Dialog  : (Kakak Penagih ) Aiman-Aiman ko tak ke sekolah lagi hari ini
: (Penagih) Aiman tak sihat ,lagi pun aiman  tunggu Kakak nak minta duit sikit nak pergi klinik
: (Kakak Penagih ) kan semalam kakak dah bagi Rm 50

Golongan ini juga sering berbohong meminjam wang dan mencuri bagi tujuan mendapatkan wang.
: (Penagih) Tambah la sikit
: (Kakak Penagih) Aiman apa ko bukak beg kakak ,berani ko yea
Penagih juga suka mengasingkan diri di tempat-tempat sunyi dan sering ponteng sekolah atau menghilangkan diri dari tempat kerja.

Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , mata menjadi merah,hidung berair,letih lesu,malas dan kelihatan berada dalam khayalan.  Penagih boleh bertindak ganas apabila  rasa ketagihan yang melampau, dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah secara berlebihan.

Daya tahan badan penagih juga akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti Penyakit kelamin ,Hepatitis,HIV Aids, kancing gigi dan sebagainya.

Dadah membawa kesan psikologi pada otak dan minda seorang penagih.  Ini termasuk rasa seronok dan khayal dan pada masa yang sama hilang kawalan diri dan pemikiran.

Jika bekalan dadah tidak diperolehi, mereka akan berasa keluh –kesah, gian dan derita.
: (Kakak Penagih) Kumar-kumar ,Kenapa ni? Apa dah jadi ? Kumar tolong buka mata ,
: apa dah jadi ini ? kenapa awak jadi macam ni?

Dadah juga membawa kesan kepada keluarga kerana memerlukan banyak masa, wang dan tenaga untuk merawat pesakit.

Kehidupan remaja tidak terurus, mereka seing ketinggalan dalam bidang pelajaran di sekolah.
Contohnya:
*Hilang tumpuan
*Kerap ponteng
*Prestasi pelajaran merosot.
*Hubungan dengan rakan sebaya dan guru terjejas.

Akibat dadah juga boleh mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti ragut, mencuri, vandalisma  dan pembunuhan.
Sebenarnya dadah banyak membawa kesan yang berbahaya yang berkekalan walaupun penggunaanya telah dihentikan.  Kerana dadah membawa kepada ketagihan.

(pengakuan) Penagih 1
“Saya Mula sedar apabila tak ada kerja dan saya susah hidup sendiri jadi saya cuba sedaya upaya untuk lari dari masalah dadah ini ,kemudian saya berjumpa dengan seorang caunselor dan akhirnya saya berjaya pulihkan diri saya sendiri dan berjaya pulihkan hubungan saya bersama keluarga dan terjalin semula kemesraan bersama keluarga saya.

(pengakuan) Penagih 2
Saya rasa tidak ada guna nya lagi terlibat dengan dadah

D

Dadah Perangsang

Denggi

Diabetes dan Puasa

 

Artikel Berkaitan

J

Jangan Terpedaya – Waspada pada Iklan Ubat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,209,904

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia