Home > Bayi & Kanak-Kanak > Constraint Induced Movement Therapy (CIMT) bagi Pesakit Kanak-kanak Cerebral Palsy

Constraint Induced Movement Therapy (CIMT) bagi Pesakit Kanak-kanak Cerebral Palsy

 

Pengenalan

Apa itu Constraint Induced Movement Therapy (CIMT)?

Constraint Induced Movement Therapy (CIMT) merupakan sejenis  rawatan pemulihan yang melatih otak untuk berfungsi semula selepas mengalami kecederaan seperti strok dan cerebral palsi (CP) Teknik ini merupakan  hasil kajian daripada  Pakar Neurosains Tingkah laku, Dr. Edward Taub dengan usaha sama University of Alabama Birmingham pada 1995.

Kajian tersebut menunjukkan pesakit boleh dilatih bagi meningkatkan fungsi keupayaan menggerakkan anggota badan yang lemah daripada bergantung kepada anggota badan yang normal.

CIMT terdiri daripada tiga komponen :

  • Terapi latihan secara intensif penggunaan tangan yang lemah  secara berstruktur dan berulang-kali

  • Kekangan/menghalang penggunaan tangan yang normal

  • Memantau penggunaan tangan lemah dan menyelesaikan masalah yang timbul akibat halangan di dalam kehidupan sebenar 

Siapa yang boleh menerima rawatan Constraint Induced Movement Therapy (CIMT)?

CIMT memfokuskan kepada 3 kumpulan populasi pesakit :

  • Strok/Angin Ahmar

  • Cerebral Palsi

  • Kecederaan Otak (Traumatic Brain Injury)

Keberkesanan CIMT telah dilaporkan di dalam pelbagai kajian ke atas pesakit dewasa hemiplegia akibat daripada strok dan kecederaan otak. Terdapat juga banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan keberkesanan ke atas kanak-kanak Cerebral Palsi.

Terapis Carakerja memainkan peranan penting dalam menjalankan aktiviti  pemulihan bagi  kanak-kanak Cerebral Palsi menggunakan teknik CIMT. Tumpuan diberikan kepada perkembangan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti kehidupan seharian dan  kefungsian anggota atas seperti menggenggam, mencapai dan memegang barang.

Kriterian Kanak-Kanak bagi Program Rawatan Pemulihan Menggunakan CIMT :

  1. Kriteria Inklusif

    • Mengalami hemiplegia ataupun kelemahan sebelah badan sejak dari lahir atau akibat daripada kecederaan seperti (secondary to stroke, CNS infection, TBI etc).

    • Mempunyai kekurangan yang lebih ketara dalam pergerakan tangan berbanding dengan lain

    • Tiada kecacatan kekal pada sendi (fixed contracture) pada anggota atas yang terlibat

    • Mempunyai kesihatan yang baik, boleh mengikut arahan dan boleh memberi kerjasama  semasa rawatan dijalankan.

    • Telah menjalani Magnetic Resonance Imaging (MRI) atau Computed Tomography (CT Brain) dah disahkan oleh pakar/Pegawai Perubatan.

  1. Kriteria ekslusif

    • Mengalami neurologi progresif atau mereka yang mengalami strok berulang

    • Ibubapa yang tidak dapat membawa kanak-kanak mengikuti program CIMT mengikut masa dan tempat yang ditetapkan.

Bagaimanakah rawatan Constraint Induced Movement Therapy (CIMT) dijalankan?

  • Kanak-kanak perlu dirujuk oleh pakar/pegawai perubatan

  • Terapis akan berbincang dengan ibubapa/penjaga kanak-kanak yang memenuhi kriteria inklusif dan kriteria ekslusif bagi memberi penerangan berkaitan program CIMT, mendapatkan persetujuan dan menetapkan tarikh jadual CIMT. 

Kekangan / menghalang penggunaan tangan yang normal (kuat)

  • Pemakaian lightweight fiberglass cast/splint pada lengan atas hingga hujung jari tangan yang kuat/normal akan dilakukan pada hari pertama.

  • Tangan kanak-kanak akan dilapik dengan kain lembut bagi mengalakkan penyerapan peluh.

  • Cast akan di ganti baru sekiranya cast tersebut rosak ataupun basah. 

Program CIMT Secara Intensif

  • Penilaian awal tahap perkembangan kanak-kanak tersebut dan  tahap kefungsian akan dilakukan pada sesi pertama.

  • Rawatan bermula pada hari kedua.

  • Setiap sesi rawatan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam / sehari  selama 3 minggu di hospital.

  • Tangan yang lemah akan  dilatih secara berulang-ulang mengikut tahap kefungsian motor dengan menggunakan mainan dan aktiviti penjagaan diri yang bersesuaian dengan  kanak-kanak tersebut. 

Program Rawatan Dirumah Yang Bersesuaian Bagi Menjalankan Constraint Induced Movement Therapy (CIMT)

  • Melibatkan aktiviti seperti aktiviti kehidupan harian seperti makan, minum, memakai baju dan sebagainya

  • Ibubapa/penjaga kanak-kanak akan diminta untuk merekodkan masa dan jenis aktiviti yang dijalankan

  • Rakaman di rumah adalah digalakkan

Kumpulan sokongan/Rujukan

Hubungi Unit Pemulihan Carakerja di hospital berdekatan bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Semakan Akhir : 27 Januari 2017
Penulis : Zawiah Bt Nordin
Akreditor : Ee Su Im