A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Perut
  6. /
  7. Cirit-birit
  8. /
  9. Cara Penyediaan dan Pemberian...

Cara Penyediaan dan Pemberian Larutan Oral Rehydration Salt (ORS)

Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam dan sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

Pengenalan

Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

Cara Penyediaan

ORS telah disediakan khas dalam paket-paket kecil. Untuk kegunaan, kandungan satu paket ORS haruslah dicampurkan dengan 250mls air masak.

Cara pemberian larutan ORS

Larutan ORS haruslah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak dengan menggunakan sudu atau cawan yang bersih. Ia tidak patut diberikan dengan menggunakan botol susu.

  • Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah, larutan ORS diberikan dengan menggunakan sudu kecil : Satu sudu kecil ORS setiap 1 – 2 minit.
  • Untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas ataupun orang dewasa, mereka boleh minum secara terus daripada cawan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi secara kerap.

Anak anda mungkin muntah semasa pemberian larutan ORS, lebih-lebih lagi jika diminum terlalu cepat.

Jika anak anda muntah, tunggu 5 – 10 minit sebelum memberi larutan ORS semula. Akan tetapi, beri secara lebih perlahan : satu sudu ORS setiap 2 – 3 minit.

Penyimpanan

Larutan ORS yang telah disediakan tidak patut disimpan melebihi 24 jam.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Alvin Khoh Kim Mun
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Cirit-Birit

Cirit-birit selalunya terjadi dikalangan kanak-kanak. Biasanya ia akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,272,107

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia