A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Ubat Umum
  6. /
  7. Pengambilan Ubat Yang Betul

Pengambilan Ubat Yang Betul

Ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ubat-ubatan terhadap sesuatu simptom/penyakit. Ini juga dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini. Pengambilan ubat yang betul adalah cara pengambilan ubat mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat.

Pengenalan

Ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ubat-ubatan terhadap sesuatu simptom/penyakit. Ini juga dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini. Pengambilan ubat yang betul adalah cara pengambilan ubat mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat.

Label ubat

Label ubat bergantung kepada bungkusan ubat yang diterima oleh pengguna. Ini seperti label pada sampul ubat dan label bercetak daripada pengilang.

Sebagai pengguna, tujuh (7) maklumat penting perlu diketahui sewaktu membaca label ubat seperti berikut:

    1. Label pada sampul ubat akan mempunyai maklumat berikut:
      • Nama dan alamat pihak pembekal atau penjual (klinik atau farmasi)
      • Nama penuh ubat
      • Nama pesakit
      • Tarikh ubat dibekal atau dijual
      • Nombor rujukan pesakit pada buku rekod
      • Arahan/cara pengambilan ubat yang lengkap
      • Label “UBAT TERKAWAL/CONTROLLED MEDICINE” (untuk ubat terkawal sahaja)

 

  1. Label pada botol ubat akan mempunyai maklumat berikut:
    • Nama produk
    • Perihal kandungan
    • Cara penyimpanan
    • Cara pengambilan
    • Maklumat pengilangan
    • Amaran
    • Kegunaan

Masa pengambilan ubat yang betul

Ubat yang dibekalkan akan mempunyai arahan pengambilan menerangkan kekerapan dan selang masa yang sesuai ubat tersebut perlu diambil. Kategori masa pengambilan melibatkan dua iaitu waktu pengambilan dan arahan khas pengambilan

Waktu pengambilan melibatkan kekerapan ubat tersebut diambil. Umumnya, sesuatu ubat yang dibekalkan mempunyai arahan pengambilan seperti berikut:

Arahan khas pengambilan melibatkan ubat-ubatan tertentu sahaja. Umumnya, sesuatu ubat yang dibekalkan mempunyai arahan pengambilan seperti berikut:

  • Sebelum makan

    Tujuan arahan ini adalah untuk mengelakkan interaksi ubat terhadap makanan yang akan diambil. Selain itu, ia juga meningkatkan penyerapan ubat yang diambil sewaktu perut kosong. Sebagai contoh ubat Insulin Actrapid Injection, Iron Tablet dsbnya.

  • Selepas makan

    Tujuan arahan ini adalah untuk mengelakkan iritasi perut. Ini bermaksud ubat tidak boleh diambil/sewaktu kosong. Sebagai contoh ubat Mefenamic Acid, Ranitidine dsbnya.

  • Sebelum/selepas makan

    Arahan ini diberikan untuk ubat-ubatan yang tindakan dan pengambilan tidak terganggu oleh makanan atau perut kosong. Sebagai contoh ubat Paracetamol, Chorpheniramine dsbnya.

  • Bersama makanan

    Tujuan arahan ini adalah untuk mempertingkatkan kesan ubat dan menggalakkan penyerapan yang lebih efektif. Sebagai contoh ubat Acarbose, Calcium Carbonate dsbnya.

  • Ambil waktu pagi sahaja

    Sebagai contoh ubat Frusemide yang boleh menyebabkan kerap membuang air kencing. Ia boleh menganggu tidur pesakit. (Jika bekerja waktu malam maka perlu diambil waktu malam)

  • Ambil waktu malam sahaja

    Sebagai contoh ubat Simvastatin. Ubat ini mempunyai kesan yang optimum jika diambil pada waktu tidur. Sintesis kolesterol meningkat waktu malam.

  • Ambil bila perlu

    Arahan ini diberi adalah untuk ubat perlu diambil jika ada simptom atau penyakit sahaja. Sebagai contoh ubat Paracetamol, Mefenamic Acid.

Cara pengambilan ubat

Ubat dihasilkan dalam pelbagai bentuk sediaan seperti tablet, krim dan sebagainya. Bentuk sediaan yang berlainan mempunyai cara pengambilan yang berbeza seperti gambarajah dibawah. Tujuannya adalah untuk memastikan ubat bertindak terus ke atas sistem/organ tersebut. Ini seterusnya memberi kesan optimum terhadap simptom/penyakit dan mengelakkan kesan sampingan.

Tips pengambilan

Jika ingin mengambil sebarang ubat, sila pastikan berbincang dengan doktor atau ahli farmasi. Ini penting terutamanya bagi individu yang mengandung, menyusukan anak atau mempunyai masalah kesihatan.

Jika mempunyai alahan, sila dapatkan kad alahan dan sentiasa membawa kad tersebut apabila berjumpa dengan doktor / ahli farmasi.

Sila maklumkan kepada doktor / ahli farmasi jika anda mengambil produk suplemen atau sedang mengambil sesuatu ubat.

Sekiranya tidak faham cara pengambilan, jangan malu bertanya semula. Bagi memastikan waktu pengambilan dipatuh, sila gunakan kaedah yang sesuai contohnya alarm telefon.

Jika terlupa ambil ubat, sila ambil serta merta dan jangan gandakan dos jika waktu pengambilan seterusnya adalah hampir.

Gunakan pill box dengan nasihat ahli farmasi untuk memudahkan pengambilan ubat. Jangan berkongsi ubat dengan sesiapa sebab dos mungkin tidak bersesuaian atau mungkin simptom yang sama tetapi penyakit yang berlainan.

Semakan Akhir : 15 November 2013
Penulis: : Kobu a/l Thiruvanackan
Akreditor: : Munira bt. Muhammad

 

Artikel Berkaitan

Campurpalsu dalam produk tradisional

Produk tradisional digunakan secara meluas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Penilaian dari segi keselamatan dan kualiti amat penting sebelum ianya dipasarkan memandangkan penggunaan produk tradisional ini amat popular. Di Malaysia, tanggungjawab penilaian ini dilaksanakan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,222,723

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia