A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Pemulihan Perubatan (Carakerja)
  6. /
  7. Cara Ergonomik Untuk Mengangkat...

Cara Ergonomik Untuk Mengangkat Beg Sekolah

Amalan ergonomik semasa mengangkat beg sekolah dapat membantu untuk melindungi sendi dan mengekalkan postur badan yang betul dan menjadikan badan kurang penat atau sakit.

Apakah Itu Ergonomik Dan Kepentingan Dalam Kehidupan Harian – Mengangkat Beg Sekolah

Ergonomik ialah prinsip sains yang digunakan untuk meminimumkan kecederaan atau tekanan fizikal keatas sendi.

Amalan ergonomik semasa mengangkat beg sekolah dapat membantu untuk melindungi sendi dan mengekalkan postur badan yang betul dan menjadikan badan kurang penat atau sakit.

Kesan Mengangkat Beg Sekolah Yang Berat

a)Sakit pada bahagian sendi yang terlibat

b)Penat

c)Tidak selesa

d) Beg sekolah yang terlalu berat menyebabkan ketegangan kepada otot bahu dan leher.

e) Perubahan pada gaya berjalan dan postur badan yang tidak betul akan mengakibatkan sakit pada sendi lutut.

f)Paha akan melecet sekiranya kanak-kanak kerap berjalan sambil membongkok ke hadapan untuk menampung berat di bahagian belakang

g)Kedudukan postur badan yang tidak betul untuk menampung berat beg sekolah akan memberikan tekanan kepada tulang belakang dan menyebabkan  sakit belakang.

Tip Melindungi Sendi

  • Berhenti rehat seketika  sekiranya berasa penat atau tidak selesa.
  • Menghormati kesakitan
    • Elakkan daripada membawa barang yang terlalu berat
  • Penjimatan tenaga
    • Elakkan daripada mengangkat beg sekolah  yang terlalu berat serta melebihi kemampuan.
  • Menggunakan sendi yang besar
    • Menggunakan sendi yang besar untuk mengangkat beg sekolah, contohnya sendi bahu.
  • Mengagihkan berat dan beban kepada kedua-dua bahu
  • Elakkan mengangkat beg sekolah menggunakan satu bahu sahaja untuk mengelakkan postur badan yang tidak betul

Cara Mengangkat Beg Sekolah Yang Betul

a) Pengisian beg

  • Pastikan hanya buku dan peralatan  yang perlu sahaja di bawa pada hari tersebut.

b) Pengisian dan susur atur buku

  • Susun buku dan peralatan di dalam beg supaya tersusun dengan teratur.

Gambar di atas menunjukkan susunan buku yang tidak teratur

c) Cara membawa beg galas

  • Beg galas perlu dibawa di bahagian belakang menggunakan kedua-dua bahu.  Jika beg galas terlalu berat, kanak-kanak boleh membawa               sesetengah buku atau peralatan lain di tangan.

d) Cara memakai beg galas yang betul :

  • Memakai beg galas yang mempunyai dua strap.

  • Agihkan berat sama rata menggunakan kedua-dua strap dan pastikan beg rapat kepada badan untuk mengelakkan beg bergoyang atau bergerak terlalu banyak. Ini dapat membantu untuk melindungi tulang belakang dan mengelakkan sakit belakang.

  • Memilih beg yang mempunyai alas pada bahagian strap bahu dan leher kerana bahu dan leher terdapat banyak salur darah dan saraf yang boleh menyebabkan sakit dan kebas pada leher, lengan dan tangan jika tekanan yang kuat berlaku pada bahagian tersebut.

  • Pakai tali pinggang beg jika ada kerana ia dapat membantu membahagikan berat beg tersebut sama rata.

  • Ketinggian beg galas mesti berada sekurang-kurangnya 2 inci di bawah tulang belikat. Bahagian bawah beg mesti berada pada bahagian lengkungan tulang belakang dan 4 inci di bawah bahagian pinggang kanak-kanak.
  • Pilih beg  yang sesuai dengan kanak-kanak dan pastikan terdapat ruang yang cukup untuk pengisian barang serta peralatan yang diperlukan.

Kesimpulan

Kanak-kanak boleh mengangkat berat tidak melebihi 15% daripada berat badan mereka. Ini bermaksud pelajar yang mempunyai berat 25 kg tidak boleh membawa beg sekolah yang berat melebihi 3kg. Membawa atau mamakai beg sekolah/ galas  dengan cara yang salah dan terlalu berat boleh menyebabkan rasa sakit dan masalah pada postur badan serta tulang belakang. Ibu bapa boleh mengambil langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak memakai beg galas dengan cara yang betul bagi mengelakkan masalah kesihatan seperti sakit dan tegang pada bahagian belakang, leher dan bahu.

Rujukan

World Occupational Therapy Day (2011) Backpack facts: Whats All the Flap About

M.F.Haisman (1998), Army Personnel Research Establishment, Arnborough, Hants, UK/ Determinants of load carrying ability

Helena Webb (2012) /Back on Track-development of a school-based back care education programme

Sumber : Dikodkan dari yahoo! Malaysia image

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Suzana Bt Zakaria
Akreditor / Penyemak : Tan Foo Lan 

Artikel Berkaitan

Mengurus Parut Abnormal

Parut bisanya akan terbentuk apabila luka sembuh. Penampilan parut berbeza-beza, terdapat parut yang rata, tenggelam ataupun timbul.

Apa Itu Splint?

Splint adalah sejenis alat yang digunakan untuk menyokong anggota badan yang patah atau terseliuh yang boleh mengurangkan risiko kecederaan.

Mengurus Sakit Kronik Melalui Teknik Relaksasi

Teknik pernafasan yang dalam adalah kaedah yang berkesan mengawal kesakitan kerana ia membebaskan ketegangan otot, menenangkan fikiran dan membolehkan otak untuk tidak terlalu memberi tumpuan kepada kesakitan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,062,424

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia