Home > Kesihatan Mental > Bunuh Diri

Bunuh Diri

Apa itu bunuh diri?

Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga menyebabkan kematian. Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti:

  • Konflik keluarga
  • Kegagalan personaliti
  • Melalui kehilangan
  • Kesukaran berkomunikasi
  • Penyalahgunaan bahan terlarang
  • Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini

Mengapakah seseorang itu cuba membunuh diri?

Sebab-sebab seseorang mengambil keputusan cuba membunuh diri termasuklah:

  • Kemurungan
  • Salah faham dengan ibu bapa
  • Gagal dalam perhubungan
  • Gagal dalam peperiksaan
  • Didera
  • Dibuli
  • Berasa terasing

Adakah tanda atau gejala awal seseorang itu hendak membunuh diri?

Seseorang yang cuba bunuh diri selalunya menunjukkan atau mempunyai keadaan berikut:

  • Berperasaan
    • Sedih
    • Marah
    • Gelisah
    • Rasa bersalah
  • Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
  • Tidak boleh tidur
  • Hilang selera makan
  • Sentiasa memikirkan tentang kematian
  • Tidak boleh melakukan aktiviti harian
  • Mendedahkan dirinya kepada masalah seperti:
    • Minum arak
    • Merokok
    • Mengambil ubat priskripsi atau penyalahgunaan dadah
  • Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:
    • Memberi barang yang disayangi
    • Meminta maaf
    • Bercakap tentang kematian

Bagaimana cara mencegah perlakuan membunuh diri?

Minta bantuan segera:

  • Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
  • Hubungi talian bantuan
    • Seperti: BEFRIENDERS
  • Dapatkan nasihat keagamaan
  • Jumpa doktor

Apa yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberi?

Ia akan berakhir dengan KEMATIAN!!!

Di manakah seseorang itu boleh mendapat bantuan?

Bercakap kepada seseorang yang anda percayai seperti:

  • Ibu bapa
  • Rakan karib
  • Guru kaunseling
  • Guru agama

Cari seseorang yang boleh:

  • Mendengar dengan baik
  • Memujuk
  • Mampu memberi nasihat

ATAU

Minta nasihat daripada:

  • Doktor
  • Pakar psikologi
  • Pakar psikiatri
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Hj. Mohd Nizam bin Abd Ghani
Penyemak : Dr. Eni Rahaiza Bt. Muhd Ramli