A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apakah Bulimia Nervosa?

Masalah yang berlaku apabila anda cuba untuk mengekalkan berat badan yang rendah dengan mengeluarkan kembali apa yang anda makan sama ada dengan memuntahkannya atau membuang air besar.

Seperti anoreksia nervosa, anda fikir yang anda tidak cukup kurus dan akan mengurangkan pemakanan anda.

Anda akan mengalami ‘binge’. ‘Binge adalah satu masalah bila anda makan berlebihan dan tidak dapat mengawal apa yang anda makan pada satu-satu masa. “Binge” bermaksud makan secara gelojoh dan tanpa kawalan.

Anda mungkin sedar yang anda mempunyai masalah pemakanan. Walaupun anda sedar, anda masih tidak dapat mengawal cara pemakanan anda kerana makan dalam kuantiti yang banyak sudah menjadi kebiasaan anda

 

Akibat Bulimia Nervosa

Anda akan mengalami:

  • Berat badan anda akan kerap berubah-ubah
  • Mengalami kekurangan nutrisi dan mungkin mendapat masalah kesihatan
  • Mengalami hakisan gigi dan ulser mulut mula terbentuk disebabkan asid dalam perut yang dimuntahkan keluar
  • Bengkak kelenjar air liur dan dan menyebabkan muka anda kelihatan membengkak
  • Masalah perut dan usus (termasuk ulser, penyakit gastrik dan sembelit)
  • Kelewatan haid bagi remaja perempuan
  • Serangan sawan

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon
Penyemak : Dr. Norharlina bt. Bahar

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,284,952

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia