A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Buah Pinggang (Ginjal)

Warga emas boleh mengalami gejala membuang air kencing yang kerap, kencing malam(nocturia) ataupun kerap kencing malam. Ini disebabkan oleh berkurangnya kebolehan buah pinggang untuk mengendalikan air kencing, baik dari segi pemekatan air kencing ataupun penyimpanan yang berkesan terutamanya pada waktu malam.

Pengenalan

  • Penuaan adalah proses yang normal dan perlahan tetapi tidak semua orang menjadi tua dengan cara atau kadar yang sama.
  • Fungsi organ merosot pada kadar yang berbeza, bermula pada umur 30 tahun di mana sel-sel tubuh mulai merosot bilangannya terutamanya sel otak, hati dan buah pinggang.
  • Semasa proses penuaan berlaku, fungsi buah pinggang berkurangan dan saiznya mengecil.  Aliran darah ginjal perlahan-lahan berkurangan daripada 1200ml/min di antara umur 30 dan 40 tahun kepada 600ml/min pada umur 80 tahun disebabkan penurunan salur darah ginjal.

Gejala dan Tanda

  • Warga emas boleh mengalami gejala membuang air kencing yang kerap, kencing malam(nocturia) ataupun kerap kencing malam. Ini disebabkan oleh berkurangnya kebolehan buah pinggang untuk mengendalikan air kencing, baik dari segi pemekatan air kencing ataupun penyimpanan yang berkesan terutamanya pada waktu malam.
  • Pengurangan fungsi buah pinggang yang berlebihan bukanlah sebahagian daripada proses penuaan yang normal tetapi boleh disebabkan oleh komplikasi buah pinggang dalam penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes atau sakit lain di awal kehidupan.

Komplikasi

Kegagalan buah pinggang mempunyai  implikasi seperti:

  • Risiko toksin dan kesan sampingan dadah  atau ubat-ubatan ke atas buah pinggang akibat dari penurunan pembersihan ubat daripada buah pinggang.
  • Risiko isipadu air dalam badan yang berlebihan (kegagalan jantung: masalah pembuangan air), dehidrasi (masalah penyimpanan air), kekurangan/kelebihan natrium (masalah pengendalian garam natrium), kelebihan kalium (masalah pembuangan garam kalium) dan asidosis (masalah pembuangan asid).

Rawatan

  • Kegagalan fungsi ginjal yang kekal, tidak akan dapat dipulihkan.
  • Walau bagaimanapun, penurunan fungsi ginjal dapat dikurangkan dengan mengawal diabetes, hipertensi dengan gaya hidup yang sihat dan mengambil rawatan yang dinasihatkan oleh doktor supaya komplikasi kegagalan buah pinggang tidak berlaku.

Pencegahan

  • Elakkan daripada mengambil ubatan (termasuk tradisional dan herba) yang mungkin toksik kepada ginjal. Pilih jenis dan dos ubat-ubatan yang sesuai sahaja dengan nasihat doktor.
  • Mencegah penyakit diabetes dan darah tinggi daripada berlaku dengan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
  • Tanya doktor anda mengenai penilaian risiko jatuh jika berlaku kencing malam atau inkontinen (pengeluaran air kencing diluar kawalan).
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Sanidah binti Md. Ali
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Pundi Kencing

Dalam proses penuaan, sistem pembuangan air kencing dan pundi kencing akan mengalami beberapa perubahan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,334,200

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia