Sabtu , 1 Oktober 2016 8:03 PM
msen
Home > Laman Utama > Buah Pinggang dan Penyakit Batu Karang

Buah Pinggang dan Penyakit Batu Karang

http://www.myhealth.gov.my/media/download/animasi/dewasa/Buah_pinggang/Buah_pinggang.flv

Download:

 

BUAH PINGGANG

Buah pinggang adalah sepasang organ penting dalam sistem badan yang berbentuk seperti kacang merah terletak dikedua belah bahagian bawah tulang rusuk tengah belakang badan. Setiap satu beratnya ¼ paun dan mengandungi lebih kurang satu juta penapis dikenali sebagai nefron yang terdiri  dari glomerulus, arteri dan tiub-tiub kecil  untuk menapis darah yang melaluinya.

Fungsi Buah Pinggang

Fungsi utama buah pinggang ialah mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair badan (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersih dan mengawal kandungan air dan garam galian dalam darah. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian seperti kalsium, sodium, glukosa dan potasium dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair badan.

Buah pinggang berfungsi sebagai penapis dengan memastikan bahan yang diperlukan diserap ke dalam darah dan bahan yang tidak diperlukan dikeluarkan sebagai air kencing. Air yang berlebihan dikeluarkan melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Batu Karang

Air kencing mengandungi garam galian. Jika garam ini terlalu pekat dan berlebihan ia bertukar menjadi gumpalan kristal keras (batu karang) di dalam buah pinggang. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan. Batu karang yang kecil boleh menyebabkan pendarahan dan renal kolik iaitu kesakitan yang amat sangat akan dirasai sehingga batu itu dikeluarkan.

Pesakit akan disuruh minum air sebanyak 3 liter sehari untuk membersih buah pinggang. Jika batu-batu ini keluar dengan sendiri melalui air kencing atau dipecahkan dengan rawatan ultrasound

Sistem ini juga boleh mendapat jangkitan jika bakteria memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis(pai-lo-nef-rai-tis). Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

B
Buah Pinggang dan Penyakit Batu Karang

 

'