A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Optometri
  6. /
  7. Bolehkah Tahap Penglihatan Kanak-Kanak...

Bolehkah Tahap Penglihatan Kanak-Kanak Diukur?

Pengenalan

Apakah itu tahap penglihatan?

Tahap penglihatan ialah kejelasan dan ketepatan pandangan.

Pengukuran tahap penglihatan sangat penting untuk menentukan sama ada seseorang itu mempunyai masalah penglihatan atau tidak.

Bagi orang dewasa, tahap penglihatan biasanya diukur dengan menggunakan Carta Snellen. Carta Snellen mengandungi huruf atau nombor pelbagai saiz. Tahap penglihatan ditentukan melalui saiz huruf atau nombor terkecil yang boleh dibaca oleh seseorang.

Bolehkah Tahap Penglihatan Kanak-Kanak Diukur1 Bolehkah Tahap Penglihatan Kanak-Kanak Diukur2

Carta Snellen

Bagaimana pula dengan kanak-kanak? Bolehkah tahap penglihatan kanak-kanak yang belum mengenal huruf diukur? Jawapannya boleh.

Tahap penglihatan seseorang boleh diukur seawal usia bayi lagi. Namun begitu kaedah yang digunakan berbeza dengan orang dewasa.

Teknik dan peralatan yang digunakan bergantung kepada umur dan tahap perkembangan kanak-kanak.

Cara-cara Mengukur Tahap Penglihatan Kanak-kanak

1. Menggunakan cahaya/lampu suluh

Cara ini sesuai dijalankan ke atas bayi berumur 0-3 bulan. Cahaya lampu suluh kecil dihalakan ke mata bayi dan digerakkan ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Biasanya bayi akan mengelipkan mata apabila lampu disuluh dan memusingkan kepala mengikut arah lampu digerakkan.

Ujian menggunakan cahaya Ujian Menggunakan Cahaya

2. Menggunakan Objek Atau Alat Permainan

Kaedah ini boleh dijalankan ke atas bayi yang berumur 3-6 bulan. Pada masa ini bayi sudah boleh memfokus dan mencapai objek yang berdekatan. Ujian ini dijalankan menggunakan objek atau alat permainan bersaiz sederhana besar. Objek ditunjukkan kepada bayi pada jarak 40–50 cm. Bayi akan melihat objek tersebut dan akan cuba untuk mencapainya.

Ujian menggunakan objekUjian menggunakan objek

3. Menggunakan gula-gula manik (100 & 1000 beads)

Kaedah ini sesuai digunakan untuk bayi yang berumur 6-12 bulan. Pada peringkat umur ini, bayi sudah mula melihat objek bersaiz kecil. Gula-gula manik halus yang sering digunakan sebagai hiasan pada kek dan biskut ini diletakkan di atas tapak tangan pemeriksa dan ditunjukkan kepada bayi. Bayi yang mempunyai penglihatan yang normal akan melihat gula-gula manik yang ditunjukkan dan cuba mengambilnya dari tapak tangan.

Gula-gula manikGula-Gula Manik

4. Menggunakan Cardiff Acuity Card

Kaedah ini sesuai dilakukan ke atas kanak-kanak berumur 1-3 tahun. Cardiff Acuity Card terdiri daripada satu set kad yang mengandungi gambar pelbagai saiz. Pada setiap kad, terdapat satu gambar yang terletak di bahagian atas atau bawah. Kad ditunjukkan kepada kanak-kanak pada jarak 50 cm atau satu meter. Sekiranya kanak-kanak dapat melihat gambar yang ditunjukkan, mata kanak-kanak akan memandang sama ada ke atas atau ke bawah bergantung kepada kedudukan gambar pada kad. Kanak-kanak juga boleh menunjukkan kedudukan gambar dengan menggunakan tangan.

Cardiff Acuity CardCardiff Acuity Card

Ujian penglihatan menggunakan Cardiff Acuity CardUjian Penglihatan Menggunakan Cardiff Acuity Card

5. Menggunakan Padanan Gambar/Huruf

Kaedah ini sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak prasekolah yang berumur 3-6 tahun. Kanak-kanak akan diberikan satu kad yang mengandungi beberapa gambar/huruf. Pada masa yang sama, pemeriksa yang berada pada jarak 3 meter di hadapan kanak-kanak itu akan menunjukkan satu gambar/huruf. Kanak-kanak akan menunjukkan gambar/huruf yang sepadan pada kad yang dipegang.

Ujian padanan gambar Ujian Padanan Gambar

Ujian padanan hurufUjian Padanan Huruf

Rujukan

  1. http://www.contrast-sensitivity-test.com
  2. https://drleesb.wordpress.com/2012/02/03/how-to-measure-2020-vision/
  3. http://rvep.com/eye-care/infant-eye-care/
  4. http://www.wahpeton-optometrist.com/childrens-infants.html
  5. http://www.slideshare.net/zarin45/visual-acuity-in-infants-36991540?related=2
  6. http://www.eyesfirst.eu/cardiff-acuity-cards.html
  7. http://www.ssc.education.ed.ac.uk/courses/vi&multi/jskillen.html
  8. http://www.fastbleep.com/medical-notes/surgery/20/46/285
  9. https://www.flickr.com/photos/communityeyehealth/5621572215/
Semakan Akhir : 17 Disember 2015
Penulis : Pn. Rosmainiza Binti Saien
Akreditor : Pn. Siti Hamiza Binti Abdul Halim

 

Artikel Berkaitan

Keracunan

Keracunan adalah penyebab utama penyakit di kalangan kanak-kanak

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,233,362

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia