Home > Umum > Radiologi > MENGAPA BERPUASA UNTUK PEMERIKSAAN X-RAY?

MENGAPA BERPUASA UNTUK PEMERIKSAAN X-RAY?

Mengapa Perlu Berpuasa Untuk Pemeriksaan X-ray?

  • Keperluan berpuasa adalah penting bagi pesakit dewasa yang akan menjalani pemeriksaan melibatkan bahagian Abdomen. 

  • Berpuasa untuk pemeriksaan x-ray bertujuan supaya organ dan struktur anatomi akan kelihatan lebih jelas tanpa dilindungi dengan najis (Gambar 2).

  • Mengurangkan kesan sampingan sekiranya berlaku komplikasi terhadap penggunaan media kontras bagi pemeriksaan yang berkaitan.

Bila Perlu Berpuasa?

  • Anda biasanya perlu berpuasa untuk menjalani pemeriksaan x-ray  seperti berikut;

    • pemeriksaan yang melibatkan bahagian abdomen

    • pemeriksaan radiografi khas yang melibatkan penggunaan media kontras

  • Anda akan dimaklumkan cara-cara berpuasa semasa temujanji oleh Juru X-ray atau jururawat.

Maksud Berpuasa Untuk Pemeriksaan

  • Ianya bermaksud seorang pesakit perlu mengosongkan saluran pencernaan sekurang-kurangnya 4-6 jam sebelum pemeriksaan.

  • Pengambilan air kosong adalah dibenarkan dalam jangka masa tersebut.

  • Kejayaan pemeriksaan bergantung kepada;

    • Kerjasama anda untuk mengikuti arahan persediaan abdomen.

    • Kehadiran anda mengikut waktu temujanji untuk melancarkan lagi pemeriksaan.

Gambar 1:

Imej pesakit tidak berpuasa

Sumber:

www.wjes.org/content/2/1/20/figure/

Gambar 2:

Imej pesakit yang berpuasa 

Sumber:

www.wjes.org/content/2/1/20/figure/F1

 

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Azmi Murad bin Taha
Akreditor : Daud bin Ismail