A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Perubahan Tingkah Laku
  6. /
  7. Merokok
  8. /
  9. Berkata ‘Tidak’ kepada Merokok

Berkata ‘Tidak’ kepada Merokok

Mengapa anda perlu berkata “Tidak”?

Adalah penting berkata “Tidak” kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.

Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok?

  • Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk mengatakan “tidak”, tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda.
  • Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting.
  • Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan.
  • Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth.”Saya tidak mahu merokok” atau “Pakcik saya mati disebabkan merokok”)
  • Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak.
  • Mungkin seorang remaja boleh berkata “Bapa saya tidak membenarkan saya merokok” “Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok”.
  • Yang penting anda perlu bertegas bila berkata “tidak” tanpa melukai hati/perasaan orang lain.

Bagaimana anda bertegas diri?

  • Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak berhajat untuk merokok.
  • Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa tidak merokok.(contoh: merokok membahayakan kesihatan saya).
  • Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda memahami perasaan orang lain. Contoh; “Saya tahu anda mahu saya merokok tetapi saya lebih suka tidak merokok”

Bagaimana anda menyampaikan keputusan anda?

  • Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul. (ekspresi muka, gaya badan dsb.)
  • Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih tegas.
    • Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan nada suara yang jelas dan meyakinkan.
    • Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila bercakap dengan seseorang. Pandang terus ke mata seseorang semasa bercakap
    • Ekspresi muka. Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan apa yang anda perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda marah).
    • Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang. (sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada dijarak yang dekat untuk menimbulkan kemesraan.

Bagaimana mengatakan “Tidak”?

Teknik
Contoh
“Tidak” yang mudah “Tidak” atau “Tidak, terima kasih.”
Beritahu yang benar “Tidak, terima kasih, saya tidak merokok”
Beri alasan “Tidak, terima kasih, saya perlu pergi segera ke tempat lain.”
Menukar subjek perbualan Katakan “tidak” dan teruskan bercakap perkara lain. “Tidak, terima kasih. Hey. Anda tengok perlawanan malam tadi tak?”

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin
: Prof. Madya Dr. Foong Kin
: Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon
Penyemak : Dr. Salmiah bt. Md. Sharif
: Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail

 

Artikel Berkaitan

Pengurusan Masa

Pengenalan Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,206,074

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia