Home > Bayi & Kanak-Kanak > Bayi yang Berisiko Lambat Bercakap

Bayi yang Berisiko Lambat Bercakap

Apakah Itu Bayi Berisiko Tinggi?

Keadaan di mana bayi yang dilahirkan mengalami komplikasi semasa:

  • Perkembangan fetus di dalam kandungan,

  • Keadaan kesihatan ibu ketika hamil, atau

  • Masalah yang berlaku semasa proses kelahiran

 Ini boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan sering jatuh sakit dan berisiko tinggi untuk mati.

Bayi atau neonatal yang akan dibincangkan dalam artikel ini merujuk kepada bayi dengan usia antara 0 – 12 bulan.

Siapakah Bayi Berisiko Tinggi?

  • Bayi dengan kurang berat badan – Berat kurang daripada 2000 gram.

  • Bayi Pramatang – Bayi lahir sebelum tempoh 37 minggu kehamilan.

  • Bayi yang sukar menyusu.

  • Bayi yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

    Sumber: National Rural Health Mission

Kepentingan Komunikasi

Ibu bapa amnya dapat meramal dan memberi respon kepada tingkah laku bayi. Ini merupakan salah satu fungsi komunikasi. Bentuk komunikasi bayi termasuklah:

  • Vokalisasi (bunyi yang dihasilkan seakan-akan bunyi vokal)

  • Ekspresi wajah (menangis, ketawa)

  • Postur badan (mengangkat kedua-dua tangan meminta didukung)

Bayi berkomunikasi apabila:

  • merasa tidak selesa

  • mempunyai minat terhadap persekitaran

Faktor-faktor Risiko Masalah Komunikasi

Perkembangan komunikasi boleh terganggu sekiranya perkembangan keseluruhan seseorang kanak-kanak terancam. Berikut merupakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan risiko kepada masalah komunikasi:

  1. Faktor Semasa Kehamilan

    • Ibu hamil pada usia sebelum 16 tahun atau melebihi umur 40 tahun

    • Ibu hamil yang mengalami masalah kesihatan seperti diabetis atau tekanan darah tinggi

    • Ibu hamil yang meminum alkohol secara berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan perkembangan bayi di dalam kandungan terencat.

    • Ibu hamil yang terdedah kepada bahan-bahan toksik (contoh: plumbum, merkuri)

    • Ibu hamil yang terkena jangkitan virus atau parasit (contoh: rubella, cytomegalovirus)

  1. Faktor Bayi Pramatang

    • Penggunaan ventilator, tiub bantuan pernafasan  dan trakeostomi untuk jangka masa panjang

      • Menjejaskan keseluruhan perkembangan bahasa dan pertuturan

    • Bayi di wad jagaan intensif neonatal atau Neonatal Intensive Care Unit (NICU) menyebabkan risiko kepada:

      • Masalah pendengaran sensori neural atau konduktif. Ini disebabkan pengambilan ubat bersifat ototoksik dan terdedah kepada bunyi bising dari inkubator

      • Kerosakan atau trauma pada tisu di larinks ketika menjalani prosedur intubasi dan penyedutan

      • Persekitaran di NICU tidak menggalakkan perkembangan komunikasi bayi.

        • Ibu bapa tidak dapat bersama dengan bayi untuk berinteraksi dengan lebih lama. Ini kerana bayi perlu penjagaan dan rawatan yang rapi di hospital

        • Ibu bapa menganggap bahawa bayi pramatang adalah lemah dan sakit. Ini menyebabkan ibu bapa kurang keinginan untuk memegang, menyentuh dan bermain dengan bayi mereka

  1. Masalah Genetik dan KongenitalFaktor Proses Kelahiran

    • Kekurangan oksigen semasa proses kelahiran boleh mengganggu perkembangan pertuturan dan bahasa secara keseluruhannya. Kes-kes yang lazim berlaku terhadap bayi semasa proses kelahiran adalah seperti:

      • Kelahiran bayi songsang

      • Aspirasi Mekonium (bayi tersedut/makan najis dalam kandungan)

      • Uri terbelit di leher

    • Kelahiran secara forsep atau pembedahan boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala.

    • Masalah metabolik

      • Hurler Syndrome

      • Hunter’s Syndrome

      • Morquio’s Syndrome

    • Kecacatan pada muka dan kepala

      • Memberi kesan kepada masalah pendengaran kerana tiada maklumat bunyi dapat didengari.

    • Kromosom yang tidak normal

      • Sindrom Down (trisomi 21; 3 kromosom pada kromosom 21)

      • Sindrom Cri-du-chat (5p- hilang sebahagian kromosom pada kromosom ke-5).

    • Masalah kromosom seks

      • Sindrom Klinefelter (kromosom XXY pada lelaki)

      • Sindrom Turner (kromosom XO)

      • Sindrom Fragile X

  1. Sumber: WHO

    Faktor Persekitaran

    • Faktor kemiskinan

      • kekurangan nutrisi

      • kurang penjagaan kesihatan

      • persekitaran tempat tinggal yang tidak selamat

    • Kanak-kanak terbiar dan terabai

  1. Faktor-Faktor Lain

    • Masalah yang tidak dapat dikesan selepas dilahirkan

      • Masalah seperti lewat dalam aspek perkembangan komunikasi, fizikal, kognitif dan sebagainya. Masalah ini hanya dapat dikenalpasti samada melalui ibu bapa atau rujukan perubatan

    • Kurang kesedaran terhadap perkembangan bayi/ anak

      • kanak-kanak Autism, kerencatan akal atau masalah pembelajaran yang hanya dapat dikenalpasti pada peringkat awal kemunculan bahasa

    • Tiada perkhidmatan saringan pendengaran neonatal di sesetengah hospital

      • Masalah pendengaran tidak dapat dikesan ketika lahir. Masalah pendengaran hanya dapat dikenalpasti selepas beberapa tempoh tertentu

Peranan Terapis Pertuturan-Bahasa (SLT)

Terapis Pertuturan-Bahasa (SLT) boleh memainkan peranan penting sepanjang bayi berada di NICU.  American Speech-Language-Hearing Association, ASHA (2004) digunakan sebagai panduan.

Antara peranan SLT termasuklah:

  • Memberi kesedaran kepada ibu bapa dan  orang awam tentang kepentingan rangsangan bahasa pada bayi terutama pada peringkat awal

  • Memberi maklumat kepada ibu bapa terhadap perkembangan bahasa yang normal

  • Menjalankan penilaian bahasa-pertuturan, merancang terapi bersesuaian, memantau kemajuan serta keberkesanan terapi yang diberikan

  • Membimbing ibu bapa untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti mendengar dan bertutur semasa sesi terapi secara individu atau berkumpulan

  • Mengalakkan ibu bapa untuk membantu anak mendengar dan menggunakan bahasa dalam kehidupan seharian

Sumber: jppp.hukm

Rujukan Pakar

Kanak-kanak yang berisiko semasa bayi perlulah menjalani rawatan susulan bagi memantau tahap kemajuan. Ini kerana kanak-kanak tersebut cenderung untuk mengalami masalah perkembangan yang bermula pada peringkat tahun pertama kehidupan.

Oleh itu, pastikan anak anda mendapat pemeriksaan menyeluruh dari pelbagai disiplin seperti:

  • Pakar kanak-kanak (pediatrician)

  • Pakar mata

  • Terapi bahasa-pertuturan

  • Terapi cara kerja

  • Fisioterapi

  • Ahli dietetik (dietician)

  • Ahli farmasi

  • Pekerja sosial

Rujukan

  1. American Speech-Language-Hearing Association (ASHA), (2004). Roles of Speech-Language Pathologists in the Neonatal Intensive Care Unit: Technical Report. ASHA, 1-30.

  2. McInroy. A. (2007). Communication Development of High-Risk Neonates from Admission to Discharge from a Kangaroo Mother Care Unit. Retrieved from Master Communication Pathology Dissertations.

  3. Ministry of Health Malaysia (2009). Guidelines for High Risk Neonatal Hearing Screening. [PDF Document]. Retrieved from MOH Guidelines Online Website: http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/Buku_NHS_Edition_internet.pdf

  4. Paul, R. 2004. Language Disorders from Infancy Through Adolescence: Assessment & Intervention. 3rd ed. Mosby.

Sumber Imej

  1. Ceejayoz (2009). Premature Infant with ventilator. Retrieved September 4, 2012, from http://www.flickr.com/photos/ceejayoz/3579010939/

  2. Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Terapi Pertuturan (2009). Retrieved September 4, 2012, from http://www.jppp.hukm.my

  3. National Rural Health Mission. Caring for High Risk Baby. Retrieved September 11, 2012 from http://nhsrcindia.org/pdf_files/resources_thematic/Community_Participation/NHSRC_Contribution/265.pdf

  4. Queensand Government. Child Protection Intervention with High-Risk Infants. Retrieved August 24, 2012, from http://www.communities.qld.gov.au

  5. Rarediseaeday (2009). Devan Clrk-16 with Hunter Syndrome. Retrieved September 4, 2012, from http://www.flickr.com

  6. World Health Organization (WHO) (2012). 10 Facts on nutrition. Retrieved September 4, 2012, from http://www.who.int.

Pautan Laman Sesawang

  1. [1] Bayi Pramatang. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved July 4, 2013, from http://www.myhealth.gov.my/bayikanak-kanak/kesihatan-bayi-baru-lahir/bayi-pramatang

  2. [2] Sindrom Down. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved July 3, 2013, from http://www.myhealth.gov.my/bayikanak-kanak/keperluan-kanak-kanak-khas/sindrom-down

  3. [3] Autisme. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved July 4, 2013, from http://www.myhealth.gov.my/autism

Semakan Akhir : 10 Februari 2014
Penulis : Nurshahira bt. Razali
Akreditor : Nur Fariha bt. Md. Shah