A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Poliomyelitis

Apa itu Poliomyelitis?

Ini adalah sejenis jangkitan yang menyerang sistem saraf tunjang yang boleh menyebabkan pesakit mengalami kelemahan otot dan mengakibatkan kelemahan kekal otot-otot pada bahagian kaki.

Apakah jenis vaksin yang disediakan di dalam program imunisasi dan apakah masalah-masalah yang berkaitan?

Terdapat 2 jenis vaksin, iaitu vaksin jenis hidup tetapi telah dilemahkan (OPV) dan vaksin jenis yang telah dimatikan atau di nyah aktifkan (IPV). OPV diberi secara oral manakala IPV diberi melalui suntikan ke dalam otot bersama dengan kombinasi vaksin yang lain seperti DTP dan Hib.

Untuk Program Imunisasi Polio Kebangsaan, Kementerian Kesihatan kini menggunakan IPV.

Kebaikan penggunaan OPV termasuklah membina daya tahan usus dan sebaran sekunder vaksin tersebut kepada kanak-kanak lain. Oleh itu, OPV menawarkan perlindungan lebih baik kepada masyarakat sejagat jika dibandingkan dengan IPV jika terdapat risiko kes Poliomyelitis yang dibawa masuk dari luar negeri. Walau bagaimanapun, OPV dikaitkan dengan komplikasi lumpuh Poliomyelitis VAPP, di mana virus yang telah dilemahkan di dalam vaksin boleh menyebabkan kelumpuhan kepada penerima vaksin terutamanya bagi mereka yang mempunyai daya tahanan badan yang lemah.

Risiko VAPP dianggarkan 1 kes bagi setiap 2.4 juta dos OPV dengan risiko dos pertama dianggarkan 1 kes bagi setiap 750,000 pemberian dos pertama.

Polio vaksin yang mana patut digunakan?

WHO telah menggiatkan usaha mereka di peringkat global untuk menghapuskan penyakit Poliomyelitis.

Hanya terdapat sebilangan kecil negara-negara di Asia dan Afrika di mana kewujudan virus polio dalam komuniti boleh menyebabkan Poliomyelitis. Keputusan untuk memilih vaksin mana yang paling sesuai adalah isu yang sukar untuk diperkatakan di mana ia melibatkan polisi imunisasi kebangsaan dan pilihan ibu bapa itu sendiri terutamanya yang mendapatkan khidmat pusat kesihatan swasta.

Semakan akhir : 25 April 2012
Penulis : Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo
Penyemak : Dr. Ranjini S. Sivanesoom

 

Artikel Berkaitan

Demam Kepialu

Apa itu Demam Kepialu? Ini adalah jangkitan kuman bakteria pada

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,196,131

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia