Home > Laman Utama > Basuh Tangan

Basuh Tangan

Download:

Tangan adalah anggota yang kerap bersentuh dengan makanan. Tangan yang tercemar boleh mengundang pelbagai penyakit bawaan makanan. Oleh itu, tangan perlu dibersihkan setiap kali sebelum menyediakan makanan.

Amalkan membasuh tangan:-

  • Selepas ke tandas.
  • Sebelum makan .
  • Sebelum dan selepas menyediakan makanan.
  • Selepas menyentuh makanan mentah.
  • Selepas menyentuh muka terutamanya hidung, mulut atau telinga.
  • Selepas mengendalikan sampah sarap.
  • Bila-bila masa tangan anda kotor. Seperti selepas bersin atau batuk

Pastikan tangan anda sentiasa bersih. Basuhlah tangan dengan betul. Amalkan 7 langkah berikut:-

  1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna.
  2. Gosok kedua-dua belah tapak tangan anda.
  3. Gosok setiap jari dan celah jari anda.
  4. Gosok kuku di tapak tangan anda.
  5. Gosok belakang tangan
  6. Basuh tangan anda dengan air bersih secukupnya.
  7. Keringkan tangan anda dengan tisu tuala yang bersih atau pengering tangan (hand dryer)

Amalkan membasuh tangan dengan betul. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit.

B

Berfikiran Positif

Berkumur-kumur

Buli Siber

Buli Siber (Kategori III)